Home » Uncategorized » Pahang Mula Di Landa Banjir

Pahang Mula Di Landa Banjir

Hujan yang berterusan sejak 2 3 hari di sekitar negeri Pahang telah menyebabkan beberapa kawasan rendah sudah pun dinaiki air. Paling awal seperti biasa di sekitar Sungai Lembing. Menjelang tengah hari tadi dikhabarkan ada beberapa tempat di sekitar bandar Kuantan juga telah dinaiki air.

Area jalan Tanah Putih Pekan juga telah dinaiki air. Jadi untuk update keadaan semasa banjir di sekitar Pahang anda orang-orang Pahang boleh rujuk FB Kuantan dan juga balai-balai Polis berhampiran anda.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

Di Temerloh walaupun hujan berterusan tetapi masih belum ada kawasan yang dinaiki air. 

Di sini di war-warkan juga pesanan dari Jabatan Pengairan dan Saliran

Untuk makluman semua. Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa paras air Sungai Kuantan di Sungai Lembing sudah melepasi paras berjaga-jaga. Jika hujan lebat berlarutan dalam masa 2-3jam dijangka akan berlaku kejadian banjir di kawasan-kawasan rendah. Mohon semua agensi terlibat bersedia untuk sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Sekian.
Jabatan Pengairan & Saliran Daerah Kuantan.

p/s : awasi anak anak kita jangan biarkan bermain hujan dan air

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

4 comments

  1. dekat KL pon asyik hujan je..hope tak banjir kilat kat sini..
    sye klik churp2 ye^^

  2. dah bermula sudah musim bnjir dan hujan tak berhenti… kt KL pun hujan juga tak berhnti..

  3. KL hari ini pun sepanjang hari huja je, matahari malu nak tunjuk muka.

  4. oooh.. baru ingat nak g pahang this week..kena pikir baliklah mcm ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.