Home » SUKAN » Pahang Pendahulu Liga Super Mac 2019

Pahang Pendahulu Liga Super Mac 2019

Pahang Pendahulu Liga Super Mac 2019. Keputusan perlawanan sebentar tadi memihak kepada Pahang selepas menewaskan pasukan Felda United FC 3-1 di gelanggang lawan.

Walaupun turun tanpa tonggak yang mendapat jolokan ‘Orang Besi’, oleh peminat bola sepak tanah air Dickson Nwakaeme yang digantung perlawanan tidak menjejaskan Pahang apabila merampas semula kedudukan pendahulu Liga Super selepas menumpaskan Felda United 3-1, sebentar tadi.

Pahang Pendahulu Liga Super Mac 2019
Pahang Pendahulu Liga Super Mac 2019

Tok Gajah memanfaatkan sepenuhnya keputusan seri 1-1 yang dilakar Johor Darul Ta’zim (JDT) di Kedah semalam apabila mengetepikan Harimau Selatan di tangga kedua menerusi perbezaan gol.

Selepas tujuh perlawanan, Pahang dan JDT berkongsi 17 mata tetapi dipisahkan oleh perbezaan jaringan manakala Kedah menghuni tangga ketiga dengan 12 mata.

Dalam aksi di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Maran, penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha membolehkan Pahang bermula langkah kanan apabila membuka jaringan pasukan pelawat pada minit ke-45.

Bagaimanapun Felda United tidak mudah mengakui kalah, sebaliknya berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Thiago Aquino yang menandul hantaran Mohd. Hadin Azman hanya empat minit selepas babak kedua bersambung.

Pahang yang turut kehilangan khidmat bintang tengah Indonesia, Saddil Ramdani tidak terkesan dengan gol penyamaan tuan rumah, dan memasuki minit ke-64 Jose Eduardo atau Ze Love meletakkan anak-anak buah Dollah Salleh kembali di depan menerusi sepakan penalti.

Mohamad Faisal Abdul Halim yang masuk pada separuh masa kedua menggantikan Muhamadou Sumareh melengkapkan malam cemerlang Tok Gajah apabila mengesahkan gol ketia pada minit ke-90. – UTUSAN ONLINE

Rangkuman gol Felda United FC 1 Pahang 3Video hak milik ROTP

Dikirim oleh Berita Viral Terkini Malaysia pada Sabtu, 30 Maret 2019

Check Also

Live Streaming Kedah vs PKNS FC 20 Ogos 2019

Live Streaming Kedah vs PKNS FC 20 Ogos 2019

Live Streaming Kedah vs PKNS FC 20 Ogos 2019. Berikut merupakan perlawanan pusingan kedua bagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.