slot pulsa

idn poker

slot gacor gampang menang

slot server vietnam

sbobet88

slot garansi kekalahan

mahjong ways

pragmatic play

bonus new member

slot777

gates of olympus slot

slot resmi

slot88

https://www.sunrisechinesefoodma.com/

Panas Wartawan Kosmo Dedah Cerita - Berita Viral Terkini

idn poker

slot kamboja

spaceman slot

Home » Uncategorized » Panas!!! Wartawan KOSMO Dedah Cerita Sebenar Sebalik Kontroversi Shila Amzah dan Media Melayu

Panas!!! Wartawan KOSMO Dedah Cerita Sebenar Sebalik Kontroversi Shila Amzah dan Media Melayu

Panas!!! Wartawan KOSMO Dedah Cerita Sebenar Sebalik Kontroversi Shila Amzah dan Media Melayu

Ini adalah artikel 100% dari website Kosmo yang admin kongsikan berkaitan dengan kontroversi yang melanda Shila Amzah dan wartawan hiburan media melayu Malaysia.

PADA awalnya, artikel ini tidak akan menyentuh tentang cerita peribadi seorang penyanyi muda yang meraih sukses jauh sehingga ke negara China, Shila Amzah.

Ia sepatutnya hanya bercerita tentang bagaimana kami terpukau dengan kehebatan Shila menarik kelompok peminat Cina untuk hadir dan bergembira di konsert miliknya yang berlangsung pada Sabtu lalu di Dewan Mega Star Arena, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Konsert itu dinamakan Shila Amzah LOVE Live In Malaysia. Wartawan yang ditugaskan, Mohd. Izuan Roseli pulang membawa seribu satu kisah tentang betapa gahnya konsert tersebut.

Beliau menulis tentang dewan konsert dipenuhi dengan 80 peratus penonton yang terdiri dalam kalangan peminat Cina, yang dianggap sebagai satu fenomena luar biasa penangan Shila Amzah.

Ia sekali gus menjadi satu pencapaian yang luar biasa buat penyanyi muda yang bergelumang dengan lagu-lagu Melayu sebelum ini.

Izuan turut menulis tentang kehebatan Shila yang fasih berkomunikasi dalam bahasa Mandarin, sekali gus mendekatkan dirinya dengan peminat berketurunan Cina.

Konsert tersebut disifatkan Izuan sebagai sukses. Dengan lebih 20 buah lagu popular yang didendangkan Shila dalam lunak vokal berbisanya, tidak ada sesiapa yang berasa kurang puas hati dengan konsert tersebut.

Lagu-lagu seperti Bebaskan, Maaf, Sedar dan Cinta Hati serta hitnya, Patah Seribu didendangkan dengan cemerlang.

Sementelah, komposer terkenal Helen Yap yang bertindak sebagai ketua band iringan berjaya mengatur rapi susunan muzik sekali gus memantapkan lagi persembahan pada malam tersebut.

Secara keseluruhannya, menyaksikan konsert tersebut ialah satu bukti kukuh, bahawa Shila sememangnya layak memegang juara dalam pertandingan Asian Wave di China pada tahun 2012.

Shila hina media Melayu

Bagaimanapun, sebaik kisah konsert itu berakhir, pada Isnin lalu, Shila melalui akaun Instagram Shilaamzah_photography (sama ada atas pengetahuan dan persetujuan Shila atau tidak) dengan bangganya tanpa usul periksa telah memuat naik status yang berbunyi sungguh dangkal dan kurang sopan. Status itu memperlekeh media Melayu yang didakwa sebagai tidak menyokong kariernya.

Lebih parah, status itu mendakwa, media Melayu tidak berminat untuk hadir membuat liputan di konsert tersebut, sebaliknya lebih senang membuat gosip. Lantas, meriahlah status tersebut dengan sokongan dan pelecehan terhadap media Melayu.

Shila sendiri dalam salah satu jawapannya kepada peminat di akaun peribadinya, Shahila Azmah menyokong para peminatnya. Dia mahu bertindak untuk memanjangkan status tersebut, namun bimbang ia menjadi isu dalam kalangan media Melayu.

DALAM Instagram kelab peminat Shilaamzah_photography, pengurus akaun tersebut membandingkan keratan akhbar Cina dan Melayu beserta status yang memperlekeh media Melayu sebagai tidak menyokong karier seni Shila, sebaliknya suka menjaja gosip penyanyi tersebut.

Komen sokongan tersebut bagaimanapun telah dipadamkan untuk menghapuskan bukti.

Untuk pengetahuan Shila (atau anda buat-buat tidak tahu), pihak media Melayu tidak dijemput oleh pihak penganjur iaitu Mega Ultimate Sdn. Bhd. dengan kerjasama Shila Amzah Entertainment Bhd..

Kosmo! menerima undangan liputan konsert tersebut pada saat akhir selepas meminta kebenaran daripada pihak penganjur untuk membuat liputan konsert tersebut. Itupun selepas meminta seperti pengemis, demi berasa bangga dengan pencapaian Shila Amzah.

Sebenarnya, kami memahami faktor mengapa media Melayu barangkali tidak dijemput kerana difahamkan ia mendapat tajaan daripada syarikat judi nombor satu negara yang memahami syarat bahawa media Melayu perlu ditapis sensitivitinya.

Jadi mengapa tidak Shila pandang positif tentang ketidakhadiran media Melayu membuat liputan konsert tersebut?

Shila atau peminat yang di belakang Shila perlu faham beberapa konteks tentang menerima jemputan undangan, melaporkan berita atau membuat gosip.

Sebagai seorang artis yang bergiat dalam bidang seni bermula dari zaman kanak-kanak, daripada bukan sesiapa kepada Shila yang hari ini telah terbang tinggi hingga ke luar negara, Shila sepatutnya sudah masak dengan dunia hiburan.

Sudah berusia 24 tahun dan mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang ini, seharusnya sikap Shila perlu jauh lebih matang daripada semua rakan sebaya.

Bukan melulu dan membogelkan sikap tidak matang, tidak cerdik dan mahu diri disokong pada pihak yang benar, sedang hakikatnya tidak mengetahui punca sebenar.

Shila, ingat, jangan ‘terbang terlalu tinggi’ sehingga apabila anda jatuh, ia berkecai, tidak ada satu pun yang boleh dicantum lagi.

Seperti mana bangganya anda terhadap bangsa atau media Cina berhubung pencapaian anda, begitu juga media Melayu yang tidak pernah putus-putus menyokong anda selama ini.

Gosip itu lumrah. Itu bayaran menjadi orang terkenal, namun jangan sampai memperlekeh sesama kita, sesama bangsa dan lapangan tempat anda mencari rezeki. Semoga anda menjadi Melayu yang tidak mudah lupa. – KOSMO

p/s : tunggu statement dari Shila plak lepas ni

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020  

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

One comment

  1. Biasalah kalo dah famous… Mmg wajar berhati2 nk publish, berkata2 dan apa pun. Sbb mcm2 keburukan akan dikorek ke akar umbi jika trsilap langkah. Yg pasti ada akal, gunakan sebaiknya….
    Isu sebegini, Ada pulak yg jadi batu api… makin mnjadi2lh panas isu2 sebegini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Link Slot Gacor

Slot Deposit

https://www.leberslogcabins.com/

mahjong ways

pragmatic play

sbobet

slot mania

slot88