Home » INFORMASI » Panduan Cara Solat Terawih Di Rumah

Panduan Cara Solat Terawih Di Rumah

Panduan Cara Solat Terawih Di Rumah tidak kira sama ada dilakukan secara berjemaah atau bersendirian. Tahun 2020 merupakan tahun ujian yang agak besar bagi umat Islam seluruh dunia apabila berlakunya pandemik Covid-19.

Jadi kebanyakan negara termasuk Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). PKP menyebabkan apa sahaja aktiviti yang melibatkan ramai orang dalam satu-satu masa dibatalkan termasuk lah semua solat berjemaah di masjid seperti solat jumaat dan solat terawih.

Jadi mari kita sama-sama lihat panduan dan cara solat terawih di rumah ini.

Ringkasan cara solat Terawih yang simple seperti yang dikongsikan oleh Dr Abu Anas Madani adalah seperti berikut:

Apabila masuk waktu Isyak, laungkan azan Isyak
Selepas itu, solat sunat sebelum Isyak bersendirian (iaitu solat sunat Qobliah 2 rakaat)
Solat Isyak 4 rakaat secara berjemaah dengan khusyuk dan sempurna
Jangan terus solat Terawih
Selepas itu, solat sunat selepas Isyak bersendirian (iaitu solat sunat Ba’adiah 2 rakaat)
Sembahyang Terawih 2 rakaat
Baca Al-Fatihah dan surah
Bangun lagi untuk solat terawih 2 rakaat
Baca Al-Fatihah dan surah
Bangun lagi untuk sembahyang terawih 2 rakaat
Baca Al-Fatihah dan surah
Bangun lagi untuk solat terawih 2 rakaat
Baca Al-Fatihah dan surah
Selesai solat Terawih 8 rakaat dengan 4 kali salam
Jika mahu, boleh teruskan sehingga 20 rakaat

Perlukah bacaan dalam solat Terawih yang bilal selalu baca?
Selalunya untuk ketua keluarga menjadi imam sembahyang Terawih, tidak ada masalah.

Cuma ramai orang tidak berani untuk memimpin Terawih kerana adanya bacaan-bacaan tertentu dalam solat Terawih. Ramai yang tidak hafal dan dapat membaca bacaan ini dengan sempurna.

Bacaan ini biasanya dibaca oleh bilal selepas salam atau sebelum memulakaan rakaat yang baru.

Jawapan dari ustaz, tidak baca bacaan dalam solat Terawih pun tidak mengapa.

Ia tidak menjejaskan solat Terawih.

Perlukah bacaan doa dalam solat Terawih yang bilal selalu baca?
Bacaan di antara solat itu tidak wajib dibaca. Begitu juga dengan doa sembahyang Terawih.

Jika hafal, boleh sahaja baca.

Jika tidak, baca sahaja apa-apa doa yang kita tahu. Dalam Bahasa Melayu, atau dalam apa-apa bahasa pun boleh.

Panduan dan cara solat terawih dari JAKIM
Apa yang kami kongsikan di atas hanyalah ringkasan pendek sahaja. Pastinya, ramai yang mahu merujuk penduan lengkap seperti buku Panduan Sembahyang Sunat Tarawih dari JAKIM.

Anda boleh dapatkan secara percuma di sini.

Akhir kalam
Ramadhan kali ini memang tak sama seperti tahun-tahun sebelum ini, di mana kita bebas melakukan sembahyang Terawih di mana-mana sahaja.

Mungkin ini ujian dari Allah agar kita sentiasa ingat pada-Nya.

Selesai solat Terawih, jangan lupa niat puasa pula untuk esok hari.

Semoga bermanfaat. (The Rohani)

Check Also

Tarikh Pendaftaran IPTA IPTA Semasa PKPB

Tarikh Pendaftaran IPTA IPTA Semasa PKPB

Tarikh Pendaftaran IPTA IPTA Semasa PKPB dan juga kalendar akademik bagi tahun 2020 telah diedarkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.