slot pulsa

idn poker

slot gacor gampang menang

slot server vietnam

sbobet88

slot garansi kekalahan

mahjong ways

pragmatic play

bonus new member

slot777

gates of olympus slot

slot resmi

slot88

https://www.sunrisechinesefoodma.com/

Panduan Lengkap Tatacara Pakaian - Berita Viral Terkini

idn poker

slot kamboja

spaceman slot

Home » INFORMASI » Panduan Lengkap Tatacara Pakaian Seragam Pelajar Sekolah

Panduan Lengkap Tatacara Pakaian Seragam Pelajar Sekolah

Panduan Lengkap Tatacara Pakaian Seragam Pelajar Sekolah

Panduan Lengkap Tatacara Pakaian Seragam Pelajar Sekolah

1. Berikut admin kongsikan Panduan Lengkap Tatacara Pakaian Seragam Pelajar Sekolah merujuk kepada  Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1985 Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Peraturan pakaian seragam murid-murid sekolah adalah seperti berikut:

2.1 Sekolah Rendah

2.1.1 Pakaian Murid-murid Lelaki

Seluar

i. Seluar bagi murid-murid lelaki ialah seluar panjang berwarna biru tua (navy blue).

ii. Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis yang kepalanya tidak besar atau berhias.

Baju

Baju adalah berwarna putih dan berlengan pendek.

2.1.2 Pakaian Murid-murid Perempuan

Pakaian murid-murid perempuan adalah ‘pinafore tunic’ berwarna biru tua (navy blue) dan labuhnya hendaklah sampai ke lutut.

Baju Kurung dan Kain Sarung

Murid-murid perempuan boleh juga memakai baju kurung sekiranya dikehendaki oleh ibu bapa / penjaga mereka dengan syarat baju kurung itu berwarna putih dan kain sarung berwarna biru tua.

Tudung / Mini Telekung

Murid-murid perempuan juga dibenarkan memakai tudung / mini telekung, dengan syarat tudung itu berbentuk tiga segi 2 sama dan tudung / mini telekung berwarna putih, berukuran sesuai dengan murid­-murid yang memakainya.

2.2 Sekolah Menengah

2.2.1 Pakaian Murid-murid Lelaki

Seluar

(i) Seluar bagi murid-murid lelaki Sekolah Menengah (Tingkatan. Peralihan hingga ke Tingkatan Enam) adalah seluar pendek atau seluar panjang sekiranya dikehendaki oleh mereka atau ibu bapa / penjaga mereka. Warna bagi seluar pendek atau panjang ini adalah hijau kehitam-hitaman (dark olive).

(ii) Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis yang kepalanya tidak besar atau berhias.

Baju

Baju adalah berwarma putih dan berlengan pendek atau panjang. Sekiranya memakai baju berlengan panjang, lengan baju di pergelangan tangan hendaklah dikancing atau diJipat ke atas sedikit dan paras siku.

2.2.2 Pakaian Murid-murid Perempuan

‘Pinafore Tunic’

‘Pinafore Tunic’ adalah berwarna ‘torquoise’ dan labuhnya hendaklah sampai ke paras lutut.

‘Blouse’

Blouse adalah berwarna putih dan berlengan.

Murid-murid Perempuan Tingkatan VI

Pakaian bagi murid-murid perempuan Tingkatan VI adalah (skirt) berwarna ‘torquoise’ dan ‘blouse’ berlengan berwarna putih. Labuh skirt hendaklah sampai ke paras lutut.

Baju Kurung dan Kain Sarung

Murid-murid perempuan Sekolah Menengah juga dibenarkan memakai baju kurung berwarna putih dan kain sarung berwarna ‘torquoise’.

Tudung / Mini Telekung

Murid-murid perempuan juga dibenarkan memakai tudung / mini telekung, dengan syarat tudung itu berbentuk tiga segi 2 sama dan tudung / mini telekung berwarna putih, berukuran sesuai dengan murid-murid yang memakainya.

2.3 Pakaian Ketika Bersenam dan Bersukan (Sekolah Rendah dan Menengah)

Ketika bermain dan bersukan atau menjalani aktiviti pendidikan jasmani, murid-murid perempuan, terutamanya di Sekolah-Sekolah Menengah, adalah digalakkan tanpa paksaan memakai seluar panjang yang sesuai dan baju berlengan jika dikehendaki oleh mereka atau ibu bapa / penjaga mereka. Dalam hal ini, sekolah-sekolah bolehlah menetapkan sendiri warna yang sesuai bagi seluar panjang dan baju berlengan.

2.4 Pakaian dalam Pasukan Beruniform (Sekolah Rendah dan Menengah)

Murid-murid lelaki atau perempuan yang menyertai kegiatan pasukan yang beruniform di sekolah-sekolah seperti pasukan ‘Brownies’, Anak Serigala, Pandu Puteri, Pengakap, Ranger, Bulan Sabit Merah dan sebagainya adalah digalakkan tanpa paksaan memakai seluar panjang jika dikehendaki oleh mereka atau ibu bapa / penjaga mereka.

2.5 Pakaian Murid-murid Islam Pada Hari Jumaat (Sekolah Rendah dan Menengah)

Murid-murid lelaki Islam adalah digalakkan tanpa paksaan memakai pakaian Kebangsaan pada hari Jumaat. Murid-murid perempuan Islam adalah digalakkan tanpa paksaan memakai baju kurung dan berkain sarung serta memakai tudung / mini telekung sepertimana yang dinyatakan dalam para 2.1.2 dan 2.2.2.

2.6 Kasut

Kasut bagi murid-murid Sekolah Rendah dan Menengah adalah kasut ‘canvas’ berwarna putih. Sekiranya memakai setokin, setokin hendaklah berwarna putih.

2.7 Pakaian-pakaian Seragam Khas (Identiti Khas)

Pakaian seragam yang melambangkan identiti khas bagi murid-murid di sesebuah sekolah, seperti lencana, tali leher dan pakaian-pakaian yang telah menjadi tradisi sesebuah sekolah, bolehlah diteruskan. Sekolah-sekolah yang ingin mengadakan pakaian seragam khas bagi golongan murid- murid yang tertentu dalam masa persekolahan hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Pengarah Pelajaran Negeri masing-masing.

3. Panduan bagi bentuk seluar, pinafore tunic, baju kurung dan kain sarung adalah seperti dalam gambar-gambar rajah yang diserta kan bersama (Lampiran I – II).

4. Dengan surat pekeliling ini, maka semua surat pekeliling yang berkaitan dengan pakaian seragam bagi murid-murid Sekolah Rendah dan Menengah yang dikeluarkan sebelum ini adalah dibatalkan.

5. Harap maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di negeri tuan.

Sumber : MOE

Sumber Gambar : Google

Check Also

Kalendar 2021 Termasuk Tarikh Gaji Penjawat Awam

Kalendar 2021 Termasuk Tarikh Gaji Penjawat Awam. Berikut admin kongsikan kepada anda Kalendar 2021 milik …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Link Slot Gacor

Slot Deposit

https://www.leberslogcabins.com/

mahjong ways

pragmatic play

sbobet

slot mania

slot88