Home » Uncategorized » Pasangan Malaysia Di Sweden Di Dakwa pukul anak

Pasangan Malaysia Di Sweden Di Dakwa pukul anak

Aku kongsikan berita dari Awani. Anda semua baca dan fahamkan berita tersebut dan boleh la komen. 

KUALA LUMPUR: Pasangan Malaysia di Sweden, Azizul
Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal didakwa di mahkamah di Sweden hari
ini, atas tuduhan memukul dan mendera keempat-empat anak mereka dalam
beberapa insiden sepanjang tiga tahun sejak September 2010 sehingga
Disember tahun lalu.

Pendakwaraya mengemukakan kertas
pertuduhan setebal 11 muka surat itu yang bagaimanapun tidak menyebut
punca atau sebab kenapa keempat-empat kanak-kanak itu,  Aisyah Azizul
Raheem, 14, Ammar (12), Adam (11) dan Arif (7) dipukul dan didera.


Perbicaraan kes berkenaan mungkin ditetapkan pada 18 Februari dan dijangka berlangsung selama 14 hari.


Pertuduhan antara lain mendakwa Azizul dan Shalwati memukul sehingga
meninggalkan kesan fizikal dan mengakibatkan kesakitan dengan mengunakan
objek seperti rotan, tali pinggang dan tangan serta turut dicubit dan
dipulas telinga.


Shalwati didakwa memukul dan mendera anaknya
Ammar sebanyak 11 kali, Adam sebanyak tiga kali, Ariff empat dan Aisyah
empat kali.


Kesemua kesalahan itu dilakukan Shalwati dengan
menggunakan tangan, rotan, tali pinggang, termasuk menampar dan memulas
telinga serta memukul di tubuh badan.


Sementara itu, suaminya
pula didakwa mendera dan mendedahkan anaknya kepada kemudaratan di mana
terdapat enam pertuduhan menyeksa anaknya Ammar termasuk tidak
membenarkan Ammar untuk makan serta memukul kepala kanak-kanak itu
sehingga terhantuk ke pinggan, empat tuduhan memukul Adam, tiga Arif dan
sekali Aisyah.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

Dokumen tersebut turut menyenaraikan beberapa
individu yang terlibat dalam soal siasat bagi kes tersebut termasuk
kaunselor dan guru-guru  sekolah kanak-kanak terbabit dan petugas
kebajikan.


Undang-undang Sweden menetapkan tindakan memukul anak adalah salah disisi undang-undang.


Laporan terdahulu memetik peguam pasangan itu Kristopher Stahre
memaklumkan, Azizul dan Shalwati akan mencabar pertuduhan tersebut.

Sebelum ini pihak pendakwaan menghantar permohonan bertulis kepada
mahkamah untuk mendakwa pasangan berkenaan sekitar 6 petang waktu
Malaysia pada Isnin. 

Lain macam undang-undang Sweden ni kan. Jaga kebajikan kanak-kanak sangat. Tapi ada juga terbaca sebelum ini Sweden ni pernah buat something macam lakukan pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak tapi betul ke tidak aku tak pasti. Walhal sebagai seorang muslim ibu bapa memang boleh rotan anak jika mereka dah boleh sembahyang tetapi tidak sembahyang. Kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua.

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

3 comments

  1. moga dipermudahkan segala urusan.

  2. Kalau kat malaysia buat undang2 mcm tu..haru biru la anak2 kita kan..sampai x boleh nak rotan & marah..melampau la anak2.. kalau mcm tu..sy ni dah lama kena dok jail..silap2 ke tali gantung agaknya..asyik marah/rotan anak2 ajer kejenya

  3. kalau anak mengumpat jiran sebelah / kawan sekolah , ibu bapa harus pukul anak, tapi jangan pukul dibahagian muka, inilah tanda sayangkan anak 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.