Home » Uncategorized » Pasangan Malaysia Ditahan Di Sweden Pulang Ke Malaysia

Pasangan Malaysia Ditahan Di Sweden Pulang Ke Malaysia

Pasangan Malaysia Ditahan Di Sweden Pulang Ke Malaysia

KUALA LUMPUR 9 Julai – Suami pasangan Malaysia yang dibebaskan dari penjara Sweden hari ini, Azizul Raheem Awalludin akan berlepas pulang ke tanah air pada Isnin depan dan dijangka tiba keesokannya.

Menurut ibu saudara yang juga penjaga kepada empat anak pasangan tersebut, Shaleena Nor Shal berkata, penerbangan Azizul ke Kuala Lumpur sudah ditempah pada 14 Julai.

“Azizul memang akan berangkat pulang pada 14 Julai ini dari Sweden dan tiba keesokan harinya di Kuala Lumpur,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, segala urusan Azizul pulang ke tanah air akan diuruskan sendiri oleh ahli keluarganya yang turut berada di sana.

“Ada ahli keluarga dia sedang berada di Stockholm untuk menguruskan membawa Azizul pulang ke tanah air.

“Jangan risau, semuanya akan berjalan dengan lancar, mudah-mudahan, kita doakan semuanya dipermudahkan-Nya,” katanya.

Kepulangan Azizul ke tanah air sangat dinanti-nantikan oleh empat anaknya, Aisyah, 15, Ammar, 12, Adam, 11, dan Ariff, 8, yang kini menetap bersama ibu saudaranya di Wakaf Tok Wali, Melor, Kelantan.-Utusan-

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.