Home » Uncategorized » Pelajar Hilang Di Sekayu Masih Belum Ditemui

Pelajar Hilang Di Sekayu Masih Belum Ditemui

Pelajar Hilang Di Sekayu Masih Belum Ditemui

Ahmad Rafikin Azman pelajar tingkatan 4 sebuah sekolah adalah nama penuh pelajar yang hilang di Hutan Lipur Sekayu, Terengganu semasa menyertai satu program marathon. Hari ini masuk hari ke Pelajar Hilang Di Sekayu Masih Belum Ditemui. Di beritakan pasukan menyelamat tidak henti-henti melaksanakan SAR dan sentiasa menambah kekuatan anggota pasukan.

Pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, K.Terengganu itu menyertai aktiviti berkhemah pada malam sebelum kejadian dan menyertai program marathon keesokan harinya. Program marathon tersebut dianjurkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu dan Persatuan Kembara Negara.

Rafikin dikatakan hanya melepasi checkpoint pertama dan tidak dapat dikesan selepas itu. Perkara ini disedari bapa mangsa yang menunggu di garisan penamat tetapi anak nya tidak muncuk digarisan penamat tanpa diketahui apakah punca sebenarnya.Sehingga ke pagi ini tiada sebarang petunjuk positif tentang pencarian mangsa. Pasukan menyelamat sedang berusaha dengan segala kekuatan untuk mecari mangsa yang hilang.

Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa supaya urusan pihak anggota menyelamat dipermudahkan seterusnya mangsa dapat ditemui dengan keadaan yang selamat.

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.