Home » BERITA » Pelajar Malaysia Meninggal Dunia Di London

Pelajar Malaysia Meninggal Dunia Di London

Pelajar Malaysia Meninggal Dunia Di London. Al-Fatihah buat arwah Muhammad Hafiz Zainal dan salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa atas berita sedih dari London ini.

Pelajar Malaysia Meninggal Dunia Di London
Pelajar Malaysia Meninggal Dunia Di London

Muhammad Hafiz Zainal yang ditemukan meninggal dunia di Hyde Park, London, semalam merupakan pelajar tajaannya dalam bidang kimia di Imperial College London (ICL) dan perkara ini telah disahkan oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

JPA dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya telah menghubungi dan menziarahi keluarga pelajar terbabit dan menguruskan pemergian mereka ke London, dijangka berlepas esok.

“Selain itu, Pejabat Penasihat Latihan (PPL) JPA di London dengan kerjasama pihak Konsular Suruhanjaya Tinggi Malaysia London akan membantu dari segi urusan keluarga dan pengurusan jenazah pelajar tersebut.

“Pihak JPA juga ingin memohon semua rakyat Malaysia agar mendoakan arwah dan keluarganya diberikan kesejahteraan dan ketenangan. Al-Fatihah,” jelasnya dalam kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut laporan dailymail.com.uk, mayat seorang lelaki ditemui dalam tasik di Hyde Park dan polis menyifatkan kes itu sebagai kematian yang tidak dapat dijelaskan puncanya.

Allahyarham merupakan anak Pengarang Bersekutu Malay Mail, Zainal Epi. – UTUSAN ONLINE

26 Mac 2019

Check Also

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka. Kepala dua beranak yang dibunuh dalam keadaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.