Pelajar Rogol Rakan Kampus
Ini benar-benar terjadi apabila seorang Pelajar Rogol Rakan Kampus. Seorang pelajar universiti dikatakan telah merogol beberapa rakan kampus wanitanya. Tetapi ini bukan kejadian yang berlaku di Malaysia tetapi di luar negara. Macam-macam perkara terjadi sekarang bukan.
Untuk berita penuh admin rujuk berita dari Harian Metro di bawah ini. Jom kita sama-sama baca apa sebenarnya yang terjadi pada kisah Pelajar Rogol Rakan Kampus sehinggakan mereka yang menjadi mangsa lelaki terbabit mengusung tilam di hari konvokesyen.
New York: Seorang pelajar Universiti Columbia mengheret tilam seberat lebih 20 kilogram di atas pentas ketika majlis graduasinya sebagai protes terhadap perogolnya yang turut menerima ijazah bersamanya.
Emma Sulkowicz membawa tilam sekitar kampus universiti itu selepas mendakwa rakannya warga Jerman Paul Nungesser sebagai perogol bersiri yang memperkosanya dan dua pelajar lain.
Nungesser tidak pernah didakwa terhadap jenayah yang dilakukan selepas pejabat pendakwa menganggap kes terhadapnya tidak cukup kukuh. Malah, lelaki itu turut menyaman universiti berkenaan.
Emma berazam membawa tilam itu ke mana saja sehingga Nungesser dibuang dari universiti berkenaan, malah enggan berjabat tangan dengan Presiden Universiti, Lee Bollinger ketika menerima diplomanya.