Home » Uncategorized » Pelajar Uitm Maut Kemalangan Di Federal Highway

Pelajar Uitm Maut Kemalangan Di Federal Highway

Sebelum meneruskan bicara mari kita sama-sama sedekah kan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa kemalangan yang terkorban di Federal Highway pagi semalam iaitu Adam Abdul Rahman yang berasal dari Muar, Johor dan dua
rakannya, Ameer Asyraf Sulaiman (Jasin, Melaka) dan Nurul Maizura Maidan
Dali (Labuan, Sabah).

Semalam memang tak sempat nak baca blog atau paper disebabkan menghadiri mesyuarat berkenaan event diraja yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi. Tapi masa menonton berita pagi di bilik hotel aku sempat tengok berita berkenaan kemalangan ini.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

Bila belek-belek semula berita di blog-blog dan lihat gambar dan video ternyata memang keadaan kereta viva yang dinaiki oleh mangsa hancur teruk dibahagian depan dan tepi. Kereta mangsa terperosok di bawah pembahagi jalan. Cuma waktu kejadian macam tidak berapa kena dengan status mereka sebagai pelajar IPT.Jam lima pagi.

Tapi benda dah nak jadi kan.Cuma kita harapkan tidak kira siapa pun berhati-hatilah ketika memandu.Berkemungkinan punca nahas adalah dari kerosakan teknikal pada kereta atau pun pemandu memandu dalam keadaan mengantuk.

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

One comment

  1. subhanallah .

    alfatihah buat mangsa2 kemalangan .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.