Home » BERITA » Pelancaran Prototaip Kereta Terbang Dijangka Oktober

Pelancaran Prototaip Kereta Terbang Dijangka Oktober

Pelancaran Prototaip Kereta Terbang Dijangka Oktober 2019. Ingat lagi tentang kereta terbang Malaysia? Di mana gambar model kereta terbang Malaysia yang diperkenalkan oleh menteri mendapat kecaman netizen. Pengenalan kereta terbang pula dibuat di LIMA dan ia amat memalukan jelas netizen lagi.

Pelancaran Prototaip Kereta Terbang Dijangka Oktober
Pelancaran Prototaip Kereta Terbang Dijangka Oktober

Prototaip kereta terbang pertama Malaysia dijangka akan dilancarkan kepada umum seawal Oktober tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof berkata, kereta terbang berkenaan akan dipacu oleh teknologi tempatan selain tidak menggunakan peruntukan kerajaan.

“Sukacita saya memperingati ahli Dewan, ‘air mobility’ prototaip kereta terbang ini tidak melibatkan satu sen pun duit rakyat.

“Ia adalah inisiatif daripada beberapa syarikat persendirian dan kita kena sentiasa menjalinkan hubungan dengan syarikat persendirian supaya industri ini dirangsang selari dengan pembangunan industri antarabangsa,” katanya ketika sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pas-Pasir Puteh) yang bertanyakan mengenai perkembangan pembangunan model prototaip kereta terbang.

Mohd Redzuan berkata projek kereta terbang adalah cara untuk kerajaan mewujudkan persekitaran yang mendorong rakyat untuk memikirkan tentang teknologi baharu.

“Kalau kita tidak sediakan ruang maka kita akan ketinggalan.

“Sebab itu kita membabitkan segala usaha agar anak tempatan dapat membangunkan industri berkenaan,” katanya.

Jelasnya, industri berkenaan bergerak dengan cepat, justeru kerajaan perlu mengambil insiatif segera agar negara tidak ketinggalan dalam perkembangan industri itu.

Sebelum ini Mohd Redzuan mengingatkan masyarakat perlu berpandangan jauh ke hadapan berbanding mengecam pengenalan kereta terbang berkenaan. – Awani News –

Check Also

Gangguan Bekalan Air 23 hingga 26 Julai di Selangor

Gangguan Bekalan Air 23 hingga 26 Julai di Selangor

Gangguan Bekalan Air 23 hingga 26 Julai di Selangor. Beberapa kawasan di daerah Petaling, Klang/Shah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.