Home » Uncategorized » Pelumba Basikal Terengganu Maut Kemalangan Semasa Latihan

Pelumba Basikal Terengganu Maut Kemalangan Semasa Latihan

Takziah kepada keluarga mangsa dan mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.Berikut petikan berita dari Utusan Online semalam.

DUNGUN 2 Okt. – Seorang atlet lumba basikal Terengganu, Mohamad Asmui Ali @ Awang, 20, maut dirempuh van pengiring setelah beliau terjatuh di Kampung Batu Tiong, Pulau Serai di sini pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi ketika mangsa bersama sekumpulan berbelas pelumba dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju Kuantan.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

Atlet yang difahamkan di bawah Majlis Sukan Negeri Terengganu dan rakan-rakannya itu dikatakan akan menyertai pertandingan di Sepang Ahad depan.

Ini merupakan insiden kedua yang meragut nyawa pelumba di negeri ini pada tahun ini setelah seorang atlet pelapis lumba basikal bawah 15 tahun maut digilis treler di jambatan Kampung Guntung, Tepoh, Kuala Terengganu 5 Jun lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, Muhammad Syafiq Imran Syahril, 15, dan 45 pelumba lain menjalani latihan harian dari pusat bandar raya apabila dia terjatuh di laluan bertentangan. – UTUSAN ONLINE

p/s : sesape tunggang basikal kat jalan raya tu hati-hati ok

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

2 comments

  1. takziah buat keluarga mangsa.
    mmg tragis kemalangan ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.