Pemain Import Negeri Sembilan Musim 2018. Seperti mana yang semua peminat bola sepak tanah air ketahui bahawa bagi saingan Liga Super Malaysia 2018, FMLLP membenarkan sehingga 5 pemain asing didaftarkan oleh kesemua 12 pasukan yang bertanding pada musim hadapan. Daripada jumlah 5 pemain asing tersebut, dua daripada slot tersebut haruslah di kalangan pemain Asia dengan pengambilan seorang pemain daripada ASEAN akan menjadi kemestian.
Untuk artikel kali ini admin ingin kongsikan kepada anda tentang Pemain Import Negeri Sembilan Musim 2018. Diberitakan bahawa pasukan yang terkenal dengan panggilan Skuad Jang atau Hobin Jang Hobin ini telah pun mendapatkan empat orang pemain import mereka dan ada lagi seorang pemain yang masih dalam pencarian. Pemain tersebut adalah Madhu Mohana (Singapura), Kim Do Heon (Korea Selatan), Nicolas Velez (Argentina) dan Flavio Beck Junior (Brazil).
Kim Do Heon pemain yang pernah mewakili Korea Selatan dalam Piala Dunia 2006. Beliau pernah bermain bersama kelab liga Perdana Inggeris West Bromwich Albion dan digelar Paul Scholes Asia kerana ketenangan dan hantaran beliau yang tepat. Pertahanan Singapura berusia 26 tahun, Madhu Mohana menyertai Negeri Sembilan dengan menandatangani kontrak selama setahun bersama pasukan yang baru di naikkan pangkat ke Liga Super itu.
Bekas penyerang Supanburi FC, Nicolas Velez yang merupakan pemain kelahiran Buenos Aires, Argentina ini akan menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh seorang lagi pemain import iaitu Lee Andrew Tuck yang menyertai pasukan Terengganu FC I. Pemain berusia 27 tahun ini memulakan karier bola sepak profesional beliau bersama pasukan Huracan dalam saingan Liga Argentina. Pada 2014, beliau memulakan karier di Asia bersama pasukan Warriors FC dalam saingan Liga Singapura. Velez kemudiannya menyertai pasukan yang diuruskan oleh bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Nelo Vingada iaitu pasukan Norteast United di saingan Liga India. Musim 2017, beliau mewakili pasukan Suphanbur FC dan menjaringkan 13 gol sepanjang musim.
Seorang lagi pemain yang akan menyertai Negeri Sembilan adalah Flavio Beck Junior. Beliau berasal dari Brazil dan sebelum ini bermain di Indonesia bersama dengan pasukan Borneo FC. Dikatakan mempunyai kepakaran dalam situasi bola mati. Sama-sama kita nantikan kelibat semua pemain import Negeri Sembilan ini nanti. Sama-sama juga kita nantikan siapakah pemain import kelima Negeri Sembilan?
Semalam 3 Januari 2018 telah diumukan pemain import kelima Negeri Sembilan. Nama pemain tersebut adalah Renars Rode. Berasal dari Latvia. Pernah mewakili Latvia sebanyak 4 kali dan menjaringkan 1 gol. Berumur 28 tahun dan bermain sebagai pertahanan tengah.
p/s : Grafik adalah hak milik FB The Jangs Soldiers