Home » BERITA » Pemandu Hilux Bukit Sentosa Tak Mengaku Bersalah

Pemandu Hilux Bukit Sentosa Tak Mengaku Bersalah

Pemandu Hilux Bukit Sentosa Tak Mengaku Bersalah. Seorang ahli perniagaan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu pagi ini atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dan membawa kecederaan kepada penjaja di Pasar Malam Pekan Bukit Sentosa, dalam kejadian 22 Mei lalu.

Pemandu Hilux Bukit Sentosa Tak Mengaku Bersalah
Pemandu Hilux Bukit Sentosa Tak Mengaku Bersalah

Tertuduh Kang Ming Han, 32, didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Tertuduh membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Tertuduh yang memakai baju kemeja T berwarna merah dan berseluar jeans pendek dibawa dari Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor dengan tangan bergari ke mahkamah sekitar 9.40 pagi dan dituduh jam 10.30 pagi.

Mengikut fakta kes pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berkelakuan tidak senonoh apabila mengeluarkan kata-kata kesat pada seorang anggota polis bernama Shahidan Abdul Khalil di Balai Polis Bukit Sentosa Hulu Selangor, mengikut Seksyen 90 Akta Polis dan boleh dihukum di bawah peruntukan Seksyen yang sama.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM500 atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan cubaan membunuh terhadap penjaja iaitu Norisham Abdul Rashid, 42 dan Mahadin Senan 41, dan Baharum Ab Manaf, 61, dengan cara melanggar mangsa menggunakan kenderaan jenis pikap Toyota Hilux.

Tertuduh didakwa melakukan pertuduhan itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan di tapak Pasar Malam Pekan Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada jam lebih kurang 6.35 petang.

Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mohamad Amin mencadangkan Majistret membenarkan wang jamin RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Bagaimanapun peguambela tertuduh, Muhammad Adhwa Azfar merayu mahkamah supaya mengenakan wang jaminan serendah dan munasabah.

Setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, Nurul Mardhiah membenarkan tertuduh diikat dengan wang jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Julai 2020 sebagai tarikh serahan dokumen dan sebutan kes. -BH Online-

Check Also

Kronologi Penuh Kluster Tabligh Sri Petaling Covid-19

Kronologi Penuh Kluster Tabligh Sri Petaling Covid-19

Kronologi Penuh Kluster Tabligh Sri Petaling Covid-19. Alhamdulillah syukur atas rahmat Allah kerana KLUSTER COVID-19 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.