Home » BERITA » Pemandu Mabuk Warga China Ditahan

Pemandu Mabuk Warga China Ditahan

Pemandu Mabuk Warga China Ditahan. Wanita warga China yang dipercayai mabuk dan merempuh penunggang motosikal hingga menyebabkan mangsa maut, semalam direman selama empat hari bermula hari ini.

Pemandu Mabuk Warga China Ditahan

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Pulau Pinang Nur Fadrina Zulkhairi terhadap wanita berusia 24 tahun terbabit.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, pegawai penyiasat kes itu sudah diarahkan melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Kita cadang akan menuduh wanita berkenaan Selasa ini mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Setakat ini, hanya pemandu saja direman manakala reman terhadap pemilik kereta tidak diluluskan namun kita mengeluarkan saman terhadapnya mengikut Seksyen 26 APJ 1987,” katanya.

Dalam kejadian jam 6.50 pagi semalam, kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Mohaidin Gani Mohamad, 58, maut selepas motosikal ditunggang dirempuh Honda Accord dipandu wanita itu berhampiran lampu isyarat simpang empat Jalan Dato Keramat.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian menunjukkan kenderaan dipandu wanita itu tidak berhenti sebaliknya merempuh dua motosikal dan sebuah kereta yang sedang berhenti di lorong tengah.

Siasatan awal mendapati pemandu wanita berkenaan mabuk namun polis masih menunggu ujian sampel darah bagi mengetahui kandungan alkohol dan dadah yang dijangka diperoleh dalam tempoh terdekat. – Metro Online

Check Also

Anak Tikam Ibu Sampai Mati

Anak Tikam Ibu Sampai Mati Di Kuantan

Anak Tikam Ibu Sampai Mati Di Kuantan. Pasti kita semua terkejut dengan tajuk berita ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.