Kecoh di media sosial baru-baru ini tersebar berita bahawa bermula September 2013, semua urusan pinjaman belian kenderaan seperti kereta akan dikenakan bayaran pendahuluan 25% dan tempoh maksimum pinjaman adalah 7 tahun tidak seperti biasa iaitu pendahuluan 10% dan tempoh maksimum pinjaman 9 tahun.
Tetapi Bank Negara Malaysia ( BNM ) telah pun mengeluarkan kenyataan melalui FB mereka. Sila ikuti penjelasan tersebut di bawah ini.
esponse to Rumours on Vehicle Financing Tenure and Down Payment Percentage
According to the Bank Negara Malaysia’s Responsible Financing Guidelines, vehicle financing tenure shall not exceed nine years.
The affordability assessment is based on Bank Negara Malaysia’s Responsible Financing Guidelines whereby the financial institutions to assess customers’ ability to repay in full throughout the financing tenure.
nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;
____________________________
Jawapan Mengenai Khabar Angin Berkaitan Tempoh Pembayaran Balik Pinjaman Kenderaan dan Peratus Bayaran Pendahuluan
Mengikut Garis Panduan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, tempoh pembayaran balik pembiayaan kenderaan haruslah tidak melebihi sembilan tahun.
Penilaian keupayaan membayar balik adalah berdasarkan Garis Panduan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab tersebut yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, di mana institusi kewangan akan menilai keupayaan pelanggan mereka untuk membuat pembayaran balik sepenuhnya dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Harap maklum.
SUMBER : BNM