Pemilik Sebenar Suara Doraemon Kartun Jepun - Berita Viral Terkini
Home » INFORMASI » Pemilik sebenar suara Doraemon Kartun Jepun

Pemilik sebenar suara Doraemon Kartun Jepun

Pemilik sebenar suara Doraemon Kartun Jepun popular di Malaysia. Tahukah atau pernahkah anda mengetahui siapakah pemilik sebenar suara kepada watak Doraemon dan juga Nobita. Ini ada fakta yang sangat menarik untuk dikongsikan. Ruhaiyah Ibrahim ialah seorang pelakon suara Malaysia yang terlibat dalam alih suara bahan televisyen dari negara asing. Dia merupakan pelakon suara bagi watak utama dalam versi bahasa Malaysia bagi siri anime Jepun Doraemon.

Pemilik sebenar suara Doraemon Kartun Jepun popular di Malaysia

Ruhaiyah mula berkecimpung dalam bidang alih suara sejak tahun 1984 apabila dia ditugaskan mengalih suara dalam drama televisyen Jepun Air Stewardess. Apabila Doraemon muncul dalam kaca televisyen Malaysia buat julung kalinya di RTM pada tahun 1992, Ruhaiyah mula-mula menggayakan watak Nobita sebelum mengambil alih peranan Doraemon pada tahun 2000. Menurut pendedahan oleh Majalah 3 pada awal tahun 2007, Ruhaiyah diketahui mampu menyiapkan empat episod Doraemon dalam seminggu.

Kini, Ruhaiyah merupakan ibu kepada lima orang anak, setelah melahirkan cahaya mata termudanya pada Januari 2008. Terdapat juga artikel rencana khas yang dikeluarkan oleh Utusan untuk berkongsi maklumat berkaitan dengan Pemilik sebenar suara Doraemon Kartun Jepun popular di Malaysia ini.

Jom baca artikel yang diterbitkan pada 14 Julai 2005. Artikel 12 tahun lalu.

Siapa sangka siri kartun Doraemon yang direka oleh Fujimoto Hiroshi dan Motoo Abiko pada tahun 1969-70, mampu menarik perhatian kanak-kanak seluruh dunia. Watak robot kucing yang mampu melakukan apa saja melalui kuasa pelbagai peralatan daripada poket di bahagian perutnya itu kini seolah-olah menjadi hero kepada penonton-penonton program itu. Begitulah kuatnya pengaruh Doraemon di kalangan kanak-kanak. Tapi tahukah anda, suara siapakah yang diguna pakai oleh watak kucing robot itu? Suara keanak-anakan Doraemon Malaysia yang disiarkan setiap Sabtu, 7.30 malam di ntv7 digayakan oleh Ruhayah Ibrahim, ibu kepada empat orang anak.

Ruhayah mula meminjamkan suaranya untuk watak Doraemon sejak tahun 2000 apabila tugasan mengalih suara di lakukan di studio Filem Karya Nusa, Petaling Jaya. Sebelum ini sewaktu proses alih suara untuk siri Doraemon dilakukan di RTM, dia menggayakan suara Nobita. “Suara sebenar saya bukanlah seperti Doraemon. Untuk menggayakan suara Doraemon saya terpaksa meneran, kadang-kadang sampai sakit tekak,” cerita Ruhayah. Drama pertama yang menggunakan suara Ruhayah ialah Air Stewardess, drama Jepun yang dialih ke Bahasa Melayu.

“Seingat saya drama Jepun itu popular juga. Mungkin saya ini nampak macam bodoh sebab tidak ada pengalaman, maka saya disuruh bawa watak Chiaki yang sememangnya seorang pramugari yang lurus. Dari drama itulah saya belajar,” katanya. Kini Ruhayah telah meminjamkan suaranya untuk siri kartun Chibi Maruko Chan, Ultraman Cosmos, Yu Gi Oh, Super Dullica dan banyak lagi.

Seorang lagi watak penting dalam siri Doreamon ialah Nobita Nobi. Nobita adalah seorang kanak-kanak lelaki yang tidak bertanggungjawab dan sering menggunakan keistimewaan Doreamon untuk kepentingan diri. Suara Nobita juga menggunakan suara wanita dewasa iaitu Azizah Jais, 56, yang sejak beberapa tahun lalu merupakan pengalih suara tetap di syarikat Filem Karya Nusa.

Antara siri kartun yang menggunakan khidmat suara Azizah ialah Ninja Boy, Digimon, Sailormoon, Teletubbies (Po), Naruto dan Time Rangers. Sementara drama Jepun yang berjaya mengangkat nama Azizah dalam bidang pengalihan suara ialah Oshin pada tahun 1988. Oshin adalah sebuah drama yang pernah disiarkan di TV3 dan mendapat sambutan hangat daripada penonton tempatan. “Saya membawa watak Oshin berusia 7, 20 dan 60 tahun. Sedangkan ketika itu saya berusia 45 tahun. Memang mencabar tapi saya gembira kerana drama itu disukai ramai,” katanya tersenyum.

 

 

Check Also

Live Streaming Perutusan Khas PM 5 Jun 2020  

Live Streaming Perutusan Khas PM 5 Jun 2020

Live Streaming Perutusan Khas PM 5 Jun 2020. Apakah intipati perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.