Pastinya ramai ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang akan melangkah ke alam persekolahan tahun 1 pada tahun 2018 dan tahun 2019. Oleh hal yang demikian, admin ingin kongsikan kepada semua ibu bapa di luar sana link untuk Pendaftaran Online Tahun 1 Sesi 2018 dan 2019 melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jadi anda ibu bapa perlu mengambil perhatian tentang beberapa perkara sebelum anda mendaftarkan anak anda melalui sistem Pendaftaran Online Tahun 1 Sesi 2018 dan 2019 ini. Perkara yang perlu anda lihat dan ambil perhatian adalah :
Siapakah yang perlu daftar untuk kemasukan tahun 1 pada 2018 dan 2019?
Mereka yang perlu mendaftar adalah kanak-kanak Warganegara Malaysia yang lahir:
Tarikh Lahir 2 JAN 2011 – 1 JAN 2012
Tahun Persekolahan 2018
Tarikh Lahir 2 JAN 2012 – 1 JAN 2013
Tahun Persekolahan 2019
Pendaftaran secara atas talian di : https://public.moe.gov.my
Tarikh Pendaftaran dibuka: 1 Mac 2017 – 30 April 2017
Adakah yang tahun persekolahan 2019 perlu mendaftar juga?
- Ya, pendaftaran dibuka awal 2 tahun sebelum.
Siapakah yang perlu mendaftarkannya?
- Ibu Bapa
Untuk maklumat penuh cara-cara bagaimana untuk mengisi borang pendaftaran ini anda semua boleh merujuk rajah bergambar dengan hanya klik di SINI
Semoga bermanfaat untuk semua.Mohon untuk anda kongsikan kepada yang lain.
Thanks buat entri, remindkan saya bab ni hari ni… kalau tak memang terlupa…