Home » BERITA » Pengaruh Novel Titian Cinta Sampai Membunuh

Pengaruh Novel Titian Cinta Sampai Membunuh

Pengaruh Novel Titian Cinta Sampai Membunuh itulah yang terjadi di Felda Keratong 2, Muadzam Shah Rompin Pahang. Terpengaruh dengan jalan cerita novel Titian Cinta dan juga drama yang ditayangkan di TV3 suspek yang juga membantu kedai makan yang berusia 29 tahun dikatakan telah menembak mangsa menggunakan senapang patah buatan sendiri di sebuah carwash di Felda Keratong 2 kira-kira jam 12 tengah malam.

Pengaruh Novel Titian Cinta Sampai Membunuh
Pengaruh Novel Titian Cinta Sampai Membunuh

Menurut pihak berkuasa, suspek telah menjalinkan hubungan sulit dengan isteri mangsa sejak empat bulan lalu. Tindakan itu diambil kerana berasa berang apabila mengetahui mangsa berhasrat membawa isterinya yang merupakan kekasih gelap suspek pulang ke Acheh, Indonesia walaupun dalam proses penceraian. Suspek juga mengaku tindakannya itu didorong oleh isi kandungan novel cinta yang mempunyai persamaan dengan jalan cerita yang sedang dihadapinya.

Macam-macam hal berlaku sekarang ini kan. Itu sebabnya apabila sesuatu penerbitan dikeluarkan oleh penerbit berbentuk buku atau video amaran awal-awal lagi sudah diberitahu. Amaran atau pesanan supaya penonton tidak terpengaruh dengan apa yang dibaca atau ditayangkan. Penonton bawah umur juga dinasihatkan untuk menonton dengan bimbingan orang yang lebih dewasa.

Ingatkan budak-budak sahaja yang senang terpengaruh dengan sesuatu rupa-rupanya orang dewasa pun tidak terlepas dari terpengaruh. Apa-apa pun pesanan untuk semua, ingatlah bahawa kita boleh membaca atau menonton apa sahaja tetapi pandai-pandai lah membawa diri supaya tidak melampaui batas-batas yang ada.

Sinopsis Titian Cinta

Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi.

“Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” – Harris
“Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” – ‘Aisy
“Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris

Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

“Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that’s the last thing I will do.” – ‘Aisy
Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah Titian Cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?

Check Also

Lelaki Tembak Mati Jiran Curi Guna WIFI

Lelaki Tembak Mati Jiran Curi Guna WIFI

Lelaki Tembak Mati Jiran Curi Guna WIFI tanpa mendapat kebenaran. Pastinya kita terkejut dengan headline …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.