Pengasas Dnars Skincare Meninggal Dunia akibat kemalangan jalan raya di Thailand pagi tadi. Kematian Faziani Rohban Ahmad itu disahkan oleh anaknya, Iqbar Hakim menerusi akaun Instagramnya pagi ini.

Dalam satu video, Iqbar dalam tangisannya meminta agar semua dapat sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ibunya.
Iqbar turut memuat naik gambar yang menyatakan bahawa dia mewakili arwah “Mami” dan meminta ampun atas apa-apa kesilapan.
Katanya, tragedi ini merupakan satu ujian berat buatnya, namun perlu kekal tabah untuk ketujuh-tujuh adiknya.
Suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera apabila kereta Toyota Estima dinaiki mereka terlibat kemalangan di Pattani kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Wanita berusia 40 tahun yang berasal dari Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan itu popular dengan produk kecantikan terutamanya di Pantai Timur. – Awani-