Home » Uncategorized » Pengurus JDT II Tumbuk Pengadil Perlawanan Liga Perdana JDT II vs Uitm FC

Pengurus JDT II Tumbuk Pengadil Perlawanan Liga Perdana JDT II vs Uitm FC

Apa sudah jadi dengan bola sepak Malaysia. Bukan penonton bukan pemain tetapi pengurus sendiri yang menumbuk pengadil. Boleh lihat video jelas bagaimana kejadian berlaku di berita sukan mana-mana stesen TV Malaysia.

Rujuk berita dari stadium astro di bawah.

Dalam rekod video yang tersebar di laman sosial, On dilihat tiba-tiba menumbuk muka Sukri ketika pemain kedua-dua pasukan hendak meninggalkan padang, sebelum ia disuraikan dan dia dibawa keluar padang oleh pihak polis.

Difahamkan ia berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan keputusan pengadil perlawanan tersebut.

Dalam laporan Utusan Malaysia, beberapa ratus penyokong JDT II turut berkumpul di perkarangan pintu masuk orang kenamaan (VIP) manakala segelintir daripada mereka mendesak pengadil untuk keluar dan memohon maaf kepada mereka.

Pengulas sukan, Serbageth Singh bertindak bertemu dengan penyokong yang berkumpul di luar stadium dan bertindak menenangkan mereka.

Beliau menjelaskan memang terdapat beberapa keputusan pengadil yang tidak tepat semasa permainan berlangsung.

Perlawanan tersebut menyaksikan JDT II terikat 2-2 dengan UiTM.

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.