Home » INFORMASI » Penting!!! Sindiket Penipuan KAD DEBIT atau KAD KREDIT!!

Penting!!! Sindiket Penipuan KAD DEBIT atau KAD KREDIT!!

Penting!!! Sindiket Penipuan KAD DEBIT atau KAD KREDIT!!
Penting!!! Sindiket Penipuan KAD DEBIT atau KAD KREDIT!!

Salam Semua,
Aku nak share satu benda yang mungkin kita sendiri pernah lalui cuma mungkin dialog sahaja yang berbeza. Sebab aku pun pernah melalui perbualan yang lebih kurang macam ni la jual insurans melalui phone dan dalam masa yang sama dia akan buat ayat yang pelik dan buat kita setuju dengan secara tidak sengaja. Penting!!! Sindiket Penipuan KAD DEBIT atau KAD KREDIT!!. 

Macam kes aku dulu ayat dia lebih kurang macam ni

“tahniah encik salah seorang pelanggan bertuah CIMB. Jadi kami tawarkan anda pakej bla bla bla dan last sekali dia cakap dan kita akan buat pemotongan melalui kad kredit encik” sebelum tu aku dah cakap aku x nak tapi dia teruskan jugak percakapan dia .Ok la aku dengar je last-last aku cakap kat dia nak potong-potong la sebab kad kredit aku memang tak ada hahahaha…padan muka..

Awas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!

untuk kawan2 fb, just nk share pe yang berlaku pada kawan saya hari ni.

lebih kurang jam 11.30 pagi hari ni, sy dapat kol daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita india yang sgt berbudi bahasa:

Wi: selamat pagi boleh bercakap dgn en. zufri?
Mz: ye sy bercakap, ada pe ye?
Wi: saya…..daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank en.
Mz: awk ni dari mana?
Wi: saya daripada pusat panggilan malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank en.
Mz: Oh ok…( sbb penah dapat kol dari maybank sebelum ni ckp perkara yg sme, jadi sy percya kan dia)
Wi: ok en, sy cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang en gunakan skrang.
boleh saya tau alamt penuh en?
Mz: alamat sya….
Wi: boleh dapatkan no ic…
Mz:90xxxxxxxx
Wi: ok..en masih lagi menggunakan kad ini ye?
Mz: ye sy…
Wi: dah brapa lama ia digunakan?
Mz: hampir 2 tahun…
Wi: ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210
Mz: ye btol…
Wi: boleh en lengkapkan no 8 terakhir
Mz:16xx xxxx
Wi: terima kasih atas kerjasama diberikan…skrang, en ada tanda tangan dibelakang kad debit en ke?
Mz: ye ad…
Wi: disebelah tanda tangan ada no. ahli…boleh bacakan sya no ahli kad en?
Mz: xxx…
Wi: ok..skrang sy ingin memberitahu en zufri kad en gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klnik dimana semua rakyat malaysia berhak mendaptkan kad ini. dia boleh digunakan ketika en..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi en potongan 30-70% di klinik2 terlibat.
En juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dn en juga boleh diberikan diskau pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamt yg en berikan. jad ini berharagaRM299.00. Saya telah pon membuat penolakan dari kad maybnk en.
Mz: eh.a..awk ckp tdi nk buat pengesahan kad saya, npe plak tibe2 awk nk amek duit sy? ada sy ckp sy nk bli kad awk ni..jgn nk memandai lah.
Wi: en telah berikan sy butiran en dan bermakna en stuju..
Mz: awk jgn ingat sy nk sgt dgn kad tu.
Wi: ok xpe..kalau en xnak, sy xkn hantar kad tu..tpi duit cek telah ditolak..bila2 masa en nak kad tu, boleh hubungi kami dan kmi akan hantrkan…en kerja mana?
Mz: sy kerja tnb..sy xperlukan kad awk..sy dapat semua kemudahan perubatan..mak bapak sy pon dapat kemudahan jgk…npe perlu sy nk gunakan kad awk..sy xnk, tolong batalkan…
Wi: (dah mula bengang) skrang ni, sy dah tolak, en xboleh wat pe2 lagi..nk xnk sy dan tolak duit en.
Mz: awk kerja mana ni..awk keja dengan spe?
Wi: sy kerja di rawang dan ini adalh dari goverment…ok en, ada pe2 lagi, kalau xde pe2 terima kasih kerna berikan kerjasama…( trus letak phone)

darah dah xtenteram, bukak trus maybank2u…
nasib baik, duit masih ada…apa lagi, cepat2 kol maybnk wat pengesahan…

pegawai bank maklum, ia adalh sendikit yang cuba nk dapatkan butir peribadi kad bank. no 8 digit pertama disebutkan adalah no sama untuk pemegang kad, no 8 dijit terakhir dia akan mintak kepada kita. untuk no ahli kad sebelah tanda tangan tu adalh no. yng penting untuk pengesahan kad. en xperlu risau…dia xberjaya mengambil duit dari akaun en…sy telah batalkan kad dan en perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatn dari pihak kami…….Kan dah jadi masalah besar………!!!!

Sila share kepada rakan-rakan anda.

Check Also

Kalendar 2021 Termasuk Tarikh Gaji Penjawat Awam

Kalendar 2021 Termasuk Tarikh Gaji Penjawat Awam. Berikut admin kongsikan kepada anda Kalendar 2021 milik …

3 comments

  1. errkk giler punya kerja!! bahaya betul lah sekarang ni..
    betul tu phat, kadang2 tu sy pun dpt call mcm ni, tapi haram saya tak layan..

  2. haritu mun kena..mun ade rekod ape yg die ckap..hahaha..die xdpt nak tolak duit mun sbb dlm bank tu xde duit ponn..

  3. Info bermanfaat sgt…

    Bru2 hi ada dot kol..cm ni jgk agk nya sbb tak sempat nk truskan ada hal..

    Bijak sungguh crik duit ngan jln salah.,rasenya mesti dah ramai tertipu…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.