Home » BERITA » Penyelia Kedai Emas Mati Ditembak Perompak

Penyelia Kedai Emas Mati Ditembak Perompak

Penyelia Kedai Emas Mati Ditembak Perompak. Baru sahaja mendapat berita dalam jam 7.13 malam tadi seorang penyelia kedai emas mati ditembak oleh penjenayah yang ingin merompak kedai emas di bawah seliaannya.

Penyelia Kedai Emas Mati Ditembak Perompak
Penyelia Kedai Emas Mati Ditembak Perompak

Seorang penyelia mati ditembak penjenayah dalam kejadian rompakan kedai emas di dalam sebuah pasar raya besar di Seri Kembangan, Selangor petang ini.

Dalam kejadian pukul 7.13 petang itu, mangsa yang berketurunan Cina, berusia 28 tahun dan berasal dari Perak maut di tempat kejadian akibat terkena satu das tembakan di bahagian dada.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kejadian bermula apabila tiga daripada empat penjenayah dipercayai berketurunan India yang memakai topi keledar dan ves pantul cahaya masuk ke kedai emas tersebut.

Menurutnya, seorang daripada suspek melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa yang dipercayai enggan mengikut arahannya.

“Ketiga-tiga suspek kemudian mengaut empat dulang emas dan melarikan diri dengan menaiki dua motosikal yang dijaga oleh seorang lagi rakan jenayah mereka.

“Kejadian dipercayai berlaku antara dua ke tiga minit dan ketika kejadian, mangsa bersama seorang lagi pekerja wanita,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Fadzil memberitahu, siasatan di lokasi kejadian juga menemukan satu kelongsong peluru di lokasi kejadian.

Tambahnya, siasatan sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 dan 395 Kanun Keseksaan.- UTUSAN ONLINE

Check Also

2 Suspek Bunuh Pemandu Grab Berdepan Hukuman Mati

2 Suspek Bunuh Pemandu Grab Berdepan Hukuman Mati

2 Suspek Bunuh Pemandu Grab Berdepan Hukuman Mati. Dua suspek yang didakwa membunuh seorang pemandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.