Home » SUKAN » Perak Ke Final Piala FA Pahang Gigit Jari

Perak Ke Final Piala FA Pahang Gigit Jari

Perak Ke Final Piala FA Pahang Gigit Jari. Sebelum perlawanan malam tadi di Ipoh kebanyakan penyokong Pahang begitu yakin yang pasukan Pahang akan mara ke perlawanan akhir Piala FA musim ini. Namun begitu Perak hanya memerlukan kemenangan 2-0 bagi meranapkan impian Pahang tersebut.

Perak Ke Final Piala FA Pahang Gigit Jari
Perak Ke Final Piala FA Pahang Gigit Jari

Inilah yang terjadi malam tadi. Perak menggunakan kesempatan bermain di laman sendiri dengan mencipta kemenangan 3-0 ke atas Pahang.

Kemenangan itu membolehkan skuad The Bos Gaurus melayakkan diri ke perlawanan akhir dengan agregat 4-3 walaupun tewas 1-3 di Stadium Darul Makmur, Pahang, pada separuh akhir pertama, 22 Jun lalu.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri, anak didik Mehmet Durakovic mula mengasak ke kubu pelawat sebaik perlawanan bermula namun beberapa serangan dilancarkan gagal membuahkan hasil.

Detik kebangkitan Perak bermula menerusi jaringan pertama dilakukan pemain tengah, Brendan Gan menerusi tandukan pada minit ke-35 menewaskan Helmi Eliza Elias hasil sepakan sudut Mohd Firdaus Saiyadi.

Perak terus garang dengan mengasak ke kubu lawan dan hasilnya K Partiban berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-41 menerusi rembatan selepas menerima lorongan Raianderson Da Costa Morais (Careca) sekali gus merapatkan agregat 3-3.

Belum sempat anak didik Dollah Salleh memperkemaskan permainan, The Bos Gaurus berjaya memperoleh gol ketiga tiga minit selepas itu hasil gol sendiri pertahanan Tok Gajah, Fauzi Rosli yang tertolak bola ke gawang sendiri.

Babak pertama berakhir dengan kedudukan 3-0.

Bermula babak kedua, Pahang mula memperkemaskan permainan dengan mengasak ke gawang tuan rumah melalui Dickson Nwakame, Lazarus Kaimbi dan Mohamadou Sumareh.

Namun asakan bertali arus gagal menembusi pertahanan diketuai ketua pasukan, Shahrul Saad dan gawang dikawal Hafizul Hakim.

Bagaimanapun, Perak hampir menambah derita Pahang pada minit ke-83 menerusi Careca namun gol jaringannya dibatalkan kerana ofsaid.

Kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus mengesahkan tiket Perak ke perlawanan akhir dengan kemenangan agregat 4-3.

Perak bakal menunggu pemenang antara FELDA United FC atau Kedah yang akan bertarung di Jengka, malam ini. -BH-

Check Also

Sabah Dinobatkan Juara Liga Perdana 2019

Sabah Dinobatkan Juara Liga Perdana 2019

Sabah Dinobatkan Juara Liga Perdana 2019. Sabah mengesahkan kejuaraan Liga Perdana musim ini selepas menundukkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.