Home » PERNIAGAAN » Peranti Huawei Sedia Ada Masih Boleh Guna Google Android

Peranti Huawei Sedia Ada Masih Boleh Guna Google Android

Peranti Huawei Sedia Ada Masih Boleh Guna Google Android. Pastinya berita bahawa Google akan menarik balik penggunaan sistem android kepada semua peranti Huawei mengejutkan semua terutama kepada pengguna Huawei. Ini boleh kita baca berita tentang tiada lagi kerjasama Google dan Huawei tersebut di SINI

Peranti Huawei Sedia Ada Masih Boleh Guna Google Android
Peranti Huawei Sedia Ada Masih Boleh Guna Google Android

Namun begitu, beberapa jam selepas itu pihak Google telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa peranti Huawei sedia ada masih boleh menggunakan Google Android seperti biasa. Ia seperti perkhidmatan Play Store dan ia masih boleh digunakan. Perkara ini hanya terkesan kepada model baru Huawei yang masih belum dilancarkan.

For Huawei users’ questions regarding our steps to comply w/ the recent US government actions: We assure you while we are complying with all US gov’t requirements, services like Google Play & security from Google Play Protect will keep functioning on your existing Huawei device.

— Android (@Android) May 20, 2019

Ini menimbulkan persoalan apakah akan berlaku kepada peranti yang masih belum dijual seperti Huawei Mate X dan Honor 20 Pro. Kenyataan yang lebih lengkap mengenai isu ini masih kami nantikan dan artikel akan dikemaskini sejurus selepas ini diketahui. -Amanz-

Check Also

Bantuan Khas Aidilfitri RM300 Untuk Peneroka FELDA

Tiada Keputusan Pemberian Duit Raya Peneroka FELDA

Tiada Keputusan Pemberian Duit Raya Peneroka FELDA sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 yang bakal …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.