Home » BERITA » Periksa Kereta Polis 3 Suspek Di Tahan

Periksa Kereta Polis 3 Suspek Di Tahan

Periksa Kereta Polis 3 Suspek Di Tahan. Pastinya anda sudah menonton video di mana sekumpulan individu atau ahli parti politik daripada PH yang dikira mengganggu tugas penjawat awam iaitu pihak PDRM. Apakah kuasa mereka sebagai orang awam boleh menahan kereta peronda Polis dan melakukan pemeriksaan pula. Rujuk video di bawah sekali.

Periksa Kereta Polis 3 Suspek Di Tahan
Periksa Kereta Polis 3 Suspek Di Tahan

Susulan itu netizen seperti dengan kuasa viral telah membuat kecaman dan berkongsi maklumat tersebut kepada pihak Polis supaya individu yang terlibat ditangkap. Ini bukan dalam hutan tetapi ini Malaysia yang mempunyai perlembagaan dan undang-undang. Baru dapat kuasa politik sikit dah lupa diri. Tapi salah tempat tu cha.

Peniaga ayam berusia 37 tahun menjadi individu ketiga yang ditahan berikutan menggeledah kereta peronda polis (MPV) di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau, Seremban, semalam.

Sumber polis berkata, lelaki itu yang juga penyokong sebuah parti ditahan di Rantau, 4 petang, hari ini.

Katanya, polis setakat ini sudah menahan tiga daripada lima suspek yang memeriksa MPV terbabit sebaik mereka mendakwa polis membawa lebihan kertas undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, semalam.

“Tiga lelaki ini akan dibawa ke Mahkamah Seremban 9 pagi esok untuk permohonan reman,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop dihubungi mengesahkan mengenai penahanan itu.

Katanya, satu sidang media khas akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, 2.30 petang, esok.

Portal berita Harian Metro, hari ini melaporkan dua daripada lima suspek berusia 52 dan 36 tahun masing-masing ditahan di daerah ini dan Rantau jam 12 tengahari, hari ini, ekoran kejadian berkenaan.

Terdahulu, Mohamad dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menyifatkan tindakan lima lelaki itu sangat melampau dan mencabar tugas anggota polis.

Beliau dipetik sebagai berkata, perbuatan itu adalah yang pertama dalam negara apabila orang awam berani menggeledah kenderaan polis. -HM-

Makin merapu dah ni..selalu PDRM yang check orang awam..ni dah terbalik..Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) ada jawapan kot insiden ni

Dikirim oleh Berita Malaysia Kini pada Sabtu, 13 April 2019

Check Also

Kenyataan Yew Yin Hina Anggota Tentera Malaysia

Kenyataan Yew Yin Hina Anggota Tentera Malaysia

Kenyataan Yew Yin Hina Anggota Tentera Malaysia. Askar hanya makan tidur, tak pernah menembak, baik …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.