Perlekeh Melayu Muzaffar Jakel Mohon Maaf. Isu yang begitu hangat dua hari ini yang melibatkan kedai fabrik terbesar di Malaysia Jakel. Sebelum ini kita semua rakyat Malaysia dihidangkan dengan isu pemilik Fashion Valet dan Mydin dengan rakyat. Ingat dah reda timbul pula isu dengan Jakel.
Ekoran terlanjur kata sebelum itu, Muzaffar Jakel memohon maaf diatas postingnya itu yang membuatkan ramai orang salah faham.
Muzaffar Jakel turut menjelaskan SOP yang bakal dibuat oleh gedung mereka apabila perniagaan bakal dijalankan kelak.
Tidak cukup dengan itu , dia sekali lagi memohon maaf di laman Facebooknya kerana memperlihatkan netizen masih lagi tidak berpuas hati dengannya.
Salam semua maafkan saya saya hanya insan biasa. Saya sekali lagi memohon maaf diatas kekhilafan dan keterlanjuran yang dikatakan dlm IGS posting.
Apa yg saya ingin nyatakan adalah kesalahan saya kerana saya secara tak sengaja menggunakan ayat yang tidak saya sepatutnya digunakan.
Saya bukan shareholder atau owner Jakel.
Dia turut menjelaskan bahawa dia hanyalah bekerja di Jakel yang dimiliki oleh abangnya itu.
Segala kata-kata yang keluar daripadanya ialah kenyataan peribadinya dan tidak berkaitan dengan syarikat Jakel.
Dia jugak kesal mengunakan ayat yang tidak sepatutnya digunakan olehnya.
Saya ingin jelaskan juga, saya hanya bekerja dgn syarikat abang saya. Saya bukan shareholder atau owner Jakel. Kenyataan yg dikeluarkan oleh saya adalah kenyataan peribadi dan bukanlah mewakili dari kenyataan syarikat Jakel.
Sempena di bulan yg penuh barakah ini, saya dgn rendah diri memohon maaf sekali lagi atas keterlanjuran saya dlm mengeluarkan kata kata yg menyinggung perasaan ramai pelangan2 Jakel dan nitizen . Maaf zahir batin.