Home » BERITA » Pertemuan Anwar Ibrahim Menghadap YDP Agong Apa Rumusannya?

Pertemuan Anwar Ibrahim Menghadap YDP Agong Apa Rumusannya?

Pertemuan Anwar Ibrahim Menghadap YDP Agong Apa Rumusannya?

Pertemuan Anwar Ibrahim Menghadap YDP Agong Apa Rumusannya?
Pertemuan Anwar Ibrahim Menghadap YDP Agong Apa Rumusannya?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekadar mengemukakan jumlah Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau kepada Istana Negara, tanpa mengemukakan sebarang senarai nama mereka untuk mengukuhkan dakwaan itu.

Susulan tindakan itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, menasihati Anwar untuk akur dan menghormati proses perundangan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, sesi pertemuan berlangsung hampir 25 minit itu menyaksikan Anwar tidak mengemukakan senarai nama Ahli Dewan Rakyat bagi mengukuhkan dakwaan itu.

Menurutnya, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima Anwar untuk menghadap baginda di Istana Negara pada jam 11 pagi hari ini.

“Sesi menghadap ini sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 22 September lalu tetapi ditangguhkan berikutan kegeringan Al-Sultan Abdullah di mana Seri Paduka Baginda telah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara bermula pada 21 September hingga 3 Oktober lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -METRO ONLINE-

Check Also

Dua Pekerja Isharefans Kena Covid-19

Dua Pekerja Isharefans Kena Covid-19

Dua Pekerja Isharefans Kena Covid-19. Salah satu aplikasi yang menjadi kegilaan satu Malaysia kerana kita …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.