Home » BERITA » Pertemuan Dengan PM Penuh Emosi – Guan Eng

Pertemuan Dengan PM Penuh Emosi – Guan Eng

Pertemuan Dengan PM Penuh Emosi – Guan Eng. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, tiba di ibu pejabat parti itu di Jalan Pudu kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi.

Pertemuan Dengan PM Penuh Emosi - Guan Eng
Pertemuan Dengan PM Penuh Emosi – Guan Eng

Guan Eng yang juga Menteri Kewangan tiba menaiki kereta Proton Perdana, dengan ditemani isterinya, Betty Chew.

Kumpulan media yang menunggu terus mengerumuni Guan Eng dan sempat bertanyakan intipati pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di The Mines, pagi tadi.

“Pertemuan berlangsung dalam suasana penuh emosi,” katanya ringkas.

Terdahulu, Guan Eng dilihat meninggalkan kediaman Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu, kira-kira jam 12.15 tengah hari.

Pagi tadi, pemimpin utama PKR dan DAP dilihat mengunjungi kediaman Dr Mahathir di Seri Kembangan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat meninggalkan kediaman Perdana Menteri, pada jam 12.30 tengah hari.

Ketika ini, semuanya sedang menghadiri mesyuarat khas parti masing-masing di ibu negara -BH Online-

Check Also

Netizen Pertahan Tindakan Polis Sebat Remaja

Netizen Pertahan Tindakan Polis Sebat Remaja

Netizen Pertahan Tindakan Polis Sebat Remaja. Rata-rata netizen sepakat mempertahankan tindakan Polis yang menyebat remaja …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.