Home » BERITA » Pesawat MH370 Hilang, China Pula Dakwa Jumpa Serpihan Pesawat

Pesawat MH370 Hilang, China Pula Dakwa Jumpa Serpihan Pesawat

Gambar di atas adalah gambar serpihan pesawat yang ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia, lapor media China. Namun begitu ia masih belum dapat disahkan sebagai milik pesawat MAS MH370 yang hilang.

Ia ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara kata Li Jiaxiang, Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China

“Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan mencari yang tiba di lokasi.”

“Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat,” kata Li seperti dilaporkan oleh China News.

“Ia juga masih belum jelas pada ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas,” katanya seperti dipetik Astro Awani.

Serpihan yang ditemui konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang mendarat pagi Ahad, lapor satu lagi laporan.

Ia dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur, lapor Astro Awani.

Check Also

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka. Kepala dua beranak yang dibunuh dalam keadaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.