Home » Uncategorized » Pesawat MH370 Hilang, Jangan Buat Spekulasi – KPN

Pesawat MH370 Hilang, Jangan Buat Spekulasi – KPN

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihati semua pihak agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan sebarang maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya tentang kejadian pesawat MH370 yang dilaporkan hilang.

“Seluruh warga PDRM mendoakan semoga semua penumpang dan anak kapal yang dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang, pada 2.40 pagi tadi ketika berada di antara ruang udara Malaysia dan Vietnam, selamat dijumpai,” katanya dalam laman sesawang rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

   

Beliau berharap seluruh ahli keluarga yang terbabit tabah dan bersabar menghadapi dugaan.

Penerbangan MH370 Kuala Lumpur-Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 kru, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi tadi dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang ketika berada di antara ruang angkasa Malaysia-Vietnam, di Laut China Selatan.

Pesawat B777-200 itu dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. – Bernama, 8 Mac, 

p/s : ingat ye jangan buat spekulasi. Hanya Allah yang maha mengetahui

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

2 comments

  1. #PrayForMH370
    semoga mereka kembali =(

  2. Salam Phat. Tq dtg drop comment dkt blog liyliz. Mudahan dapat jumpa blogger phat suatu hari nanti pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.