Home » Uncategorized » Pesawat MH370 Hilang, Mayat Ditemui Bukan Penumpang Pesawat

Pesawat MH370 Hilang, Mayat Ditemui Bukan Penumpang Pesawat

Semalam terbaca berita dari negara jiran berkaitan penemuan mayat di Selat Melaka. Alhamdulilah ianya bukan mayat penumpang pesawat MH370. Polis Indonesia telah pun mengesahkan. Jadi berkemungkinan pesawat ini tidak terhempas. Kerana usaha mencari masih lagi dijalankan dan sebarang tanda yang berkaitan pesawat masih belum dapat ditemui.

Berita Awani

KUALA LUMPUR: Mayat yang dilaporkan ditemui di perairan
Selat Melaka pada awal hari ini disahkan bukan penumpang pesawat
Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang sehingga ini masih hilang
selepas dikesan kali terakhir pada Sabtu lalu.

Polis Indonesia mengesahkan mayat itu sebagai Abdi Sasmita, 54 tahun, warga Desa Bangun Sari di Deli Serdang, Sumatera Utara.

Lelaki itu disahkan seorang pemancing yang hilang di perairan dekat Pantai Kuala Aceh, pada petang Ahad.

“Berdasarkan laporan, dia terjatuh setelah kapal yang dia tumpangi
bersama tiga orang lainnya dihentam ombak,” kata pegawai polis Indonesia
seperti dipetik oleh laman web berita Merdeka.com.

Mayat itu dibawa ke Pelabuhan Ujung Bom, Tanjung Tiram, Batubara sebelum dipindahkan ke hospital.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

   

Sementara itu, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mengesahkan tiada mayat ditemui setakat ini.
Menjawab soalan wartawan ketika sidang media itu, Hishammuddin
menegaskan tidak ada sebarang mayat ditemui oleh pasukan mencari dan
menyelamat (SAR) pesawat MH370 setakat ini.

“Tidak ada mayat
yang boleh dikaitkan dengan penumpang MH370 ditemui setakat ini,”
katanya dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, di sini, hari ini.

Hishammuddin juga mengesahkan sebuah objek berupa rakit yang ditemui
sekumpulan nelayan di Port Dickson tiada kaitan dengan pesawat MH370.

Katanya, sehingga kini tiada sebarang petunjuk yang ditemui boleh dikaitkan dengan pesawat Boeing 777-200 milik MAS.

Malah, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga hari ini menegaskan
pesawat yang berpatah balik yang dikesan radar tentera Malaysia awal
pagi Sabtu tidak dapat disahkan sebagai MH370.

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

3 comments

  1. syukur bukan .. namun takziah buat keluarga si mati ini.

  2. Assalammualaikum…phat,

    doakan agar pesawat MH370 nie dapat dijumpai… amin.

    mselim3

  3. debaran semakin terasa menanti sebuah jawapan..
    #PrayForMH370

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.