Home » Uncategorized » Pesawat MH370 Hilang, Nelayan Temui Rakit Getah Mungkin Satu Petunjuk

Pesawat MH370 Hilang, Nelayan Temui Rakit Getah Mungkin Satu Petunjuk

Port Dickson: Satu objek dipercayai rakit getah keselamatan kapal
terbang dengan tulisan ‘boarding’ ditemui sekumpulan empat nelayan
kira-kira 10 batu nautika dari pantai di sini, semalam.
 
Penemuan kira-kira jam 12 tengah hari itu dipercayai dapat memberi
petunjuk dalam usaha pihak berkuasa mengesan pesawat MH370 milik
Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang dan terputus hubungan
dengan menara kawalan sejak awal Sabtu lalu.

Katanya, dia bersama tiga rakan yang
mengikuti perkembangan kes kehilangan pesawat MH370 melalui media,
tertarik untuk melihat objek itu dengan lebih dekat.

“Saya dan rakan sedaya upaya cuba mengambil objek itu dan berjaya
sebelum menambatnya pada bot kerana bimbang ia tenggelam dalam laut.

“Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor,” katanya, ketika dihubungi semalam.
Azman
yang sudah 20 tahun menjadi nelayan berkata, mereka keluar menangkap
ikan pada jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

“Sebaik
menemui objek itu, saya terus menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan
selepas gagal menaikkan objek itu yang terlalu berat.

“Saya yakin
penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada
usaha mencari pesawat MH370 kerana terdapat tulisan ‘boarding’ pada
permukaan objek itu.

“Ia mungkin adalah rakit getah penyelamat yang dibekalkan kepada penumpang pesawat untuk menyelamatkan diri di laut,” katanya.

Katanya,
sebaik bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek itu diserahkan
kepada pasukan berkenaan, manakala mereka kemudian menyambung kerja
menangkap ikan.

Sementara itu, jurucakap APMM Kuala Linggi ketika
dihubungi mengesahkan sepasukan anggotanya dihantar ke tempat kejadian
untuk menyiasat penemuan itu.

Bagaimanapun, katanya objek itu terus tenggelam dalam laut dan tidak sempat diselamatkan.

METRO

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.