Home » Uncategorized » Pesawat MH370 Hilang, Zed Zaidi Mohon Maaf atas Tweetnya

Pesawat MH370 Hilang, Zed Zaidi Mohon Maaf atas Tweetnya

KEHILANGAN pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara di Subang pada 2.40 pagi, kira-kira dua jam selepas berlepas pagi tadi menimbulkan kegusaran bukan sahaja di kalangan keluarga dan teman rapat bahkan buat seluruh rakyat Malaysia.

Bahkan setelah lebih 12 jam selepas kehilangannya, ia masih belum dapat dikesan. Pesawat itu membawa 227 penumpang, dua daripadanya bayi dan 12 anak kapal. Ia berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi (waktu tempatan).

Namun dalam kegusaran tersebut, timbul beberapa isu berkaitan insiden tersebut antara beberapa laporan awal yang tidak tepat serta beberapa komen di laman sosial yang dilihat seolah-olah menjadikan kejadian ini sebagai satu jenaka.

Antara yang mendapat perhatian adalah bekas Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) iaitu Zed Zaidi yang dikatakan memuat naik status berkaitan kejadian tersebut.

Di anggap tidak sensitif dengan perkara tersebut, Zed terus menerima kecaman dari banyak pihak.

Bagaimanapun Zed ketika dihubungi Zass menegaskan dia tidak ada niat untuk menjadikan kejadian tersebut sebagai satu bahan jenaka.

“Saya tidak ada niat langsung untuk mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan sebegitu. Pada mulanya saya dapat tahu pesawat sudah selamat mendarat cemas  dan saya hanya mengetahui perkara tersebut menerusi internet kerana berada di luar rumah untuk membeli sarapan pagi.

“Jadi saya kaitkan isu-isu yang berkaitan dengan MAS dan kerana jumlah patah perkataan di Twitter yang terhad, saya tidak dapat menyambung ayat terakhir iaitu saya berharap MAS dapat mempertingkatkan perkhidmatannya.

“Namun sebaik tiba di rumah, ketika saya menonton berita mereka sahkan pesawat tersebut masih belum dapat di kesan dan saya segera melihat Twitter saya dan saya lihat sudah banyak pihak ‘retweet’ status saya dan saya di kecam banyak pihak,” jelasnya.

Zed berkata, menyedari kekhilafannya dia segera memadam statusnya sebelum itu dan meminta semua mendoakan keselamatan ke semua penumpang diikuti saya lagi status memohon maaf menerusi laman Twitter dan juga Facebook.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

“Percayalah saya tiada niat langsung untuk menjadikan ia sebagai satu bahan jenaka. Silapnya saya kerana saya terus mempercayai sumber di internet yang mengatakan mereka telah selamat mendarat.

“Biarpun tiada ahli keluarga saya yang terlibat dalam insiden tersebut, namun sebagai rakyat Malaysia, saya doakan mereka semua berada dalam keadaan selamat.

“Saya juga ingin memohon maaf sekali lagi kerana mengeluarkan kenyataan sebegitu sebelum ini,” ujarnya kesal.

Tambah Zed, bagi menggelakkan perkara sama berulang, dia berharap semua pihak tidak cepat mempercayai sumber dari internet, sebaliknya rujuk kepada portal media sebenar dan bukannya individu biasa atau blogger tertentu.

“Kadangkala mereka hanya dengar dari sumber A, sumber B, sedangkan mereka sendiri tidak tahu status sebenar dan terus muat naik agar blog mereka menjadi terkenal.

“Tapi kalau media, sebelum mereka melaporkan, mereka ada sumber yang sahih dan boleh dipercayai. Saya harap apa yang terjadi pada saya tidak terjadi pada orang lain.

“Saya juga minta pihak – pihak yang menghentam saya sebelum ini, agar mendapatkan penjelasan saya terlebih dahulu sebelum memberi sebarang komen,” katanya.

Sinar Harian

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.