Home » BERITA » Pesawat Penumpang Terbakar 41 Orang Terbunuh

Pesawat Penumpang Terbakar 41 Orang Terbunuh

Pesawat Penumpang Terbakar 41 Orang Terbunuh. Kejadian di Moscow Rusia. Juruterbang pesawat penumpang Russia yang terbakar di landasan lapangan terbang dan membunuh 41 penumpang dikatakan berpunca daripada kilat yang memaksa beliau melakukan pendaratan cemas.

Pesawat Penumpang Terbakar 41 Orang Terbunuh
Pesawat Penumpang Terbakar 41 Orang Terbunuh

Kumpulan penyiasat masih belum dapat mencari apakah puncanya sehingga kapal terbang Sukhoi Superjet-100 disambar api besar yang memaksa ia berpatah balik ke Lapangan Terbang Sheremetyevosa sejurus berlepas, kelmarin.

Juruterbang, Denis Yevdokimov memberitahu media Russia bahawa pesawat itu hilang komunikasi dan perlu menukar kepada isyarat kawalan kecemasan kerana terkena kilat dalam penerbangan ke bandaraya Murmansk di Artik.

Bagaimanapun, dia tidak menjelaskan secara jelas bagaimana kejadian itu berlaku.

“Kami berjaya memulihkan komunikasi menerusi frekuensi kecemasan melalui radio. Namun perhubungan itu hanya untuk satu tempoh yang singkat dan ia terputus-putus. Saya hanya mampu menyebut beberapa perkataan,” katanya kepada akhbar Komsomolskaya Pravda, semalam. – BH Online

Check Also

Hari Terakhir Hospital Bersalin Kuala Lumpur

Hari Terakhir Hospital Bersalin Kuala Lumpur

Hari Terakhir Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Bermula 17 September 2019, tiada lagi bangunan Hospital Bersalin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.