Petua Halau Lipas Berkesan Secara Semulajadi yang anda semua boleh cuba sendiri dan amalkan di rumah. Ianya cukup mudah untuk dilaksanakan oleh semua terutama kepada semua suri rumah tangga. Tidak dinafikan ramai yang geli dengan binatang yang bernama lipas ini. Lebih-lebih lagi apabila lipas merayap di kaki atau terbang ke arah kita.
Lipas juga ada mengeluarkan sejenis bau yang busuk di badan dan di telurnya. Kita sering kali memukul lipas ini dengan menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya. Tahukah anda bahawa tindakan tersebut boleh mengundang bahaya apabila perut lipas ini pecah. Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10 hingga ke 20 cm. Cacing ini sangat bahaya jika dapat memasuki kulit tubuh kita terutama kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka.
Anda ingin tahu Petua Halau Lipas Berkesan Secara Semulajadi di dapur atau ruang tamu anda. Ikuti langkah-langkah di bawah ini
1.) Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.
2.) Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.
3.) Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.
4.) Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
5.) Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di tempat banyak lipas.
6.) Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.
Jadi anda boleh cuba Petua Halau Lipas Berkesan Secara Semulajadi. Anda guna ubat gegat kan sekarang? jadi dah boleh tukar kepada cara organik ya.