Home » SUKAN » Pingat Emas Perseorangan Lelaki Wanita Badminton

Pingat Emas Perseorangan Lelaki Wanita Badminton

Pingat Emas Perseorangan Lelaki Wanita Badminton. Tahniah buat pemain badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dan pemain perseorangan badminton wanita negara S.Kisona kerana masing-masing menyumbang pingat emas dalam perlawanan akhir badminton masing-masing hari ini 9 Disember 2019.

Pingat Emas Perseorangan Lelaki Wanita Badminton

S.Kisona memaparkan aksi terpuji untuk menewaskan perseorangan muda Indonesia, Ruselli Hartawan. Kisona, 21, bermula perlahan dan kerap melepaskan mata-mata mudah untuk tewas set pertama 20-22.

Bagaimanapun, dia memperkemaskan aksinya untuk mendominasi set kedua sebelum menang 21-14. Dalam set penentuan, Kisona jelas tidak dapat ditandingi Ruselli, yang jelas sudah terlalu penat, untuk mengesahkan pingat emas dengan kemenangan 21-13.

Pemain badminton nombor satu negara, Lee Zii Jia, menepati jangkaan apabila mengatasi Loh Kean Yew 21-18, 21-18 dalam aksi final perseorangan lelaki Sukan SEA Filipina di Kompleks Sukan Muntinlupa, Manila sebentar tadi.

Selepas hanya memerlukan 30 minit untuk menyingkirkan wakil Thailand, Sitthikom Thammasin, dalam separuh akhir, Zii Jia turun berdepan lawan dari Singapura itu yang mengetepikan seorang lagi pemain kebangsaan, Soong Joo Ven, dalam pusingan pertama.

Berada di kedudukan ke-14 dunia jelas memberi kelebihan buat pemain berusia 21 tahun, Zii Jia, apabila mudah meraih pendahuluan 11-6 dalam set pertama sebelum menamatkan saingan 21-18.

Sedar tidak memiliki kedudukan pilihan selain perlu bangkit, Kean Yew — yang dilahirkan di Pulau Pinang — bijak mengatur serangan untuk mendahului 8-4 tetapi kesilapan yang kerap dilakukan membolehkan lawannya mengikat kedudukan 12-12.

Zii Jia, yang sebelum ini telah meraih perak menerusi acara berpasukan lelaki dalam saingan di Filipina, menoktahkan kemenangan untuk menjulang emas sulung perseorangan lelaki dalam karier apabila menggunakan kesempatan daripada kesilapan Kean Yew untuk menang straight set 21-18 – Stadium Astro-

Check Also

Thailand U23 vs Saudi Arabia U23 Live Streaming

Thailand U23 vs Saudi Arabia U23 Live Streaming AFC Championship. Perlawanan suku akhir antara kedua …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.