PKP Dilanjutkan Sehingga 28 April 2020. YAB Perdana Menteri Malaysia dalam perutusan khas sebentar tadi telah menyatakan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan bermula 15 April 2020 sehingga 28 April 2020.
Perlanjutan ini akan mengambil masa selama 2 minggu lagi dan beberapa sektor terpilih akan dibenarkan beroperasi.
Jadi kepada semua rakyat Malaysia teruskan untuk duduk di rumah. Kita semua perlu bantu kerajaan untuk memutuskan rantaian penyebaran wabak Covid-19 ini.
Semoga kita semua rakyat Malaysia khususnya dan seluruh penduduk dunia amnya bebas daripada wabak Covid-19 ini.