Home » BERITA » PM 8 Selesai Menghadap YDP Agong

PM 8 Selesai Menghadap YDP Agong

PM 8 Selesai Menghadap YDP Agong kira-kira jam 12.35 tengah hari tadi. YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk memohon perkenan baginda bagi cadangan senarai nama jemaah menteri baharu.

PM 8 Selesai Menghadap YDP Agong
PM 8 Selesai Menghadap YDP Agong

Merujuk kepada siaran media Jabatan Perdana Menteri sebelum ini Tan Sri Muhyiddin dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada jam 11 pagi untuk mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan.

“Setelah mendapat perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dijangka akan mengumumkan senarai Jemaah Menteri pada hari ini, jam 5 petang bertempat di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya,” katanya.

Tan Sri Muhyiddin dilihat pemberita meninggalkan Istana Negara selepas hampir dua jam menghadap Yang Dipertuan Agong.

Tan Sri Muhyoddin Yassin dijangka mengumumkan senarai Kabinet baharu di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, jam 5 petang ini. -BH Online-

Check Also

Semak Online Bantuan Khas Covid 19 (BKC)

Semak Online Bantuan Khas Covid 19 (BKC). Semua rakyat Malaysia yang berkelayakan boleh menyemak sama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.