Home » Uncategorized » Polis Edar Gambar Suspek Pencuri Rumah Khairy Jamaluddin

Polis Edar Gambar Suspek Pencuri Rumah Khairy Jamaluddin

Polis semalam mengedarkan lakaran wajah dua suspek yang dipercayai terbabit memecah masuk rumah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, di Bukit Damansara, Sabtu lalu.

Kedua-dua lelaki terbabit berusia dalam lingkungan 30-an dikenal pasti berdasarkan gambaran yang diberikan oleh pembantu rumah yang melihat mereka pada hari kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata polis meminta orang ramai yang melihat atau mengenalpasti wajah kedua-dua suspek terbabit supaya menghubungi balai polis terdekat.
“Berdasarkan siasatan awal, polis mengenalpasti tiga kumpulan yang aktif melakukan kegiatan samun dan pecah rumah di kawasan itu membabitkan dua kumpulan yang didalangi rakyat tempatan dan satu kumpulan yang didalangi warga Colombia,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Katanya, ketika kejadian, tiada pengawal keselamatan mengawasi kediaman itu sewaktu Khairy dan

isterinya tiada di rumah, kecuali seorang pembantu rumah.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, empat lelaki dipercayai menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja, menceroboh rumah menteri berkenaan dengan memanjat tembok sebelum masuk menerusi pintu hadapan yang tidak berkunci.

Pembantu rumah yang berada di dapur ketika kejadian berlaku sempat melihat wajah dua daripada suspek terbabit sebelum bertindak menghubungi majikannya.

nescafeais.com

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

3 comments

  1. malas kerja,tapi ambil jln mudah dgn cara mcm nie…haish. -_-

  2. nice day 🙂
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.