Home » BERITA » Polis Tentukan Tindakan Timbalan Menteri Langgar PKP

Polis Tentukan Tindakan Timbalan Menteri Langgar PKP

Polis Tentukan Tindakan Timbalan Menteri Langgar PKP. Agak terkejut apabila menerima gambar-gambar di mana ada majlis yang dibuat oleh seorang Timbalan Menteri Kesihatan di media-media sosial. Dalam gambar tersebut menunjukkan mereka berkumpul beramai-ramai dan tidak mengekalkan jarak 1 meter.

Polis Tentukan Tindakan Timbalan Menteri Langgar PKP
Polis Tentukan Tindakan Timbalan Menteri Langgar PKP

Kerajaan menyerahkan kepada polis untuk menentukan sebarang tindakan ke atas Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada siapa boleh mengatasi undang-undang dan difahamkan sudah ada laporan polis dibuat ke atasnya.

“Sesiapa saja kena diambil tindakan, tiada siapa boleh atasi undang-undang. Bagaimanapun, saya difahamkan sudah ada laporan polis terhadap kes itu dan kita serahkan kepada polis untuk tindakan,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Datuk Dr. Noor Azmi yang merupakan Ahli Parlimen Bagan Serai dengan Exco Kerajaan Perak, Razman Zakaria mengadakan kunjungan di sebuah maahad tahfiz di Lenggong.

Pada program itu, berlaku aktiviti makan secara berjemaah dan bersalam dalam acara penyerahan saguhati.

Dr. Noor Azmi turut memuatnaik program itu menerusi akaun Facebooknya dengan memaparkan beberapa keping gambar beliau bersama rombongan mengunjungi maahad tahfiz. – MalaysiaGazette

Check Also

Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP RM10000

Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP RM10000

Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP RM10,000. Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.