Home » BERITA » Posting TUPPERWARE Dapat Reaksi Netizen

Posting TUPPERWARE Dapat Reaksi Netizen

Posting TUPPERWARE Dapat Reaksi Netizen dengan hanya baru dua hari selepas posting itu dibuat ia mendapat hampir lebih daripada 50 ribu reaksi, 19 ribu perkongsian dan 10 ribu komen. Dan semua ini masih lagi menaik dari semasa ke semasa.

Posting TUPPERWARE Dapat Reaksi Netizen
Posting TUPPERWARE Dapat Reaksi Netizen

Perkongsian ini adalah daripada pemilik FB bernama Mohd Fadli Salleh. Apa yang dikongsi tersebut memang rata-rata kebanyakan kaum bapa melaluinya. Jom kita baca

Pergi ambil anak kat sekolah tadi dah jam 6:30 dah pun. Sampai kat jaga, Asyraff naik motor aku. Baru nak gerak, dia cakap,

“Ayah. Beg duit adik tertinggal kat kelas. Ada duit RM8 lagi dalam tu untuk untuk belanja esok dan lusa.”

“Biar la beg duit tu. Esok pagi ayah pergi tengok.”

Aku malas nak masuk dalam sekolah dah. Jauh juga pagar ke kelas dia. Kami pun bergerak pulang. Baru sekejap bergerak, Asyraff cakap lagi,

“Botol air pun tertinggal ayah.”

“Sreeettttt!”

Terus aku brek emergency.

“Kenapa tak cakap? Duit hilang ayah boleh niatkan sedekah. Kalau botol air hilang, bukan setakat Adik kena marah. Ayah pun mungkin hilang nyawa. Tupperware ke dik?”

Tak tahu jenama apa.”

Ah, Tupperware ke, Tipuware. Kalau tinggal botol air kat sekolah boleh hilang nyawa woih.

Yang kelakarnya, waktu anak aku masuk kelas, ada seorang lagi lelaki di temani anaknya baru keluar dari kelas darjah 3 tingkat atas. Dari jauh aku laung,

Kenapa tu bang?”

“Tertinggal botol air cikgu!” Balasnya dari kejauhan.

“Tupperware ke?” Jerit aku lagi.

“Yaaaaa!”

“Kahkahkah.”

Kami gelak bersama. Laju dia gerak balik. Tak sempat nak ambil gambar bukti. Lewat balik pun boleh kena soal siasat juga weh. Bahaya main dengan kaum wanita ni. Seram. 😅

Waktu keluar pintu sekolah, guard pula tegur,

“Tertinggal apa cikgu?”

“Nyawa.”

Senyum je guard dengar jawapan aku. Entah dia faham entah tidak. Lantakkan.

Gitu je aku jawab lantas pecut balik rumah dengan penuh kelegaan.

Check Also

Tiada Lagi Had 4 Penumpang Dalam Satu Kereta

Tiada Lagi Had 4 Penumpang Dalam Satu Kereta

Tiada Lagi Had 4 Penumpang Dalam Satu Kereta. Kerajaan telah bersetuju untuk melonggarkan peraturan empat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.