Home » BERITA » Pramugari Lari Dari Wad Telah Kembali Ke Hospital

Pramugari Lari Dari Wad Telah Kembali Ke Hospital

Pramugari Lari Dari Wad Telah Kembali Ke Hospital. Semalam kita dikejutkan oleh satu berita di media-media sosial bahawa seorang pramugari yang dikatakan mempunyai gejala covid-19 melarikan diri dari wad.

Pramugari Lari Dari Wad Telah Kembali Ke Hospital
Pramugari Lari Dari Wad Telah Balik Ke Hospital

Pramugari tersebut dikatakan telah diletakkan di wad pengasingan selama 4 jam sebelum menghilangkan diri daripada hospital. Apa yang terjadi sebenarnya?

Mari kita sama-sama baca laporan daripada FMT ini. Seorang wanita berusia 21 tahun yang dilaporkan hilang dari wad pengasingan Covid-19 di Hospital Parit Buntar, Perak, semalam, kembali ke hospital hari ini, kata polis.

Ketua Polis Daerah Kerian, Omar Bakhtiar Yaacob berkata, wanita itu kembali ke hospital itu secara sukarela, mendakwa ada salah faham antara dia dan kakitangan hospital.

“Wanita itu belum lagi disahkan positif Covid-19. Nampaknya ada salah faham antara dia dan pihak hospital, yang menyebabkan dia meninggalkan hospital.

“Kekeliruan muncul sama ada dia dibenarkan pulang ke rumah atau tidak. Kami sedang menyiasat,” katanya.

Laporan polis yang dibuat kakitangan Hospital Parit Buntar dikongsi secara meluas di Facebook yang mendakwa seorang pramugari kelahiran Pulau Pinang “melarikan diri” selepas ditempatkan di bilik pengasingan hospital itu selama 4 jam.

Sebelum ini, dia didakwa dalam penerbangan dari Singapura pada 11 Mac dan transit ke Thailand dan “menunjukkan tanda-tanda Covid-19” seperti demam sejak 12 hari lalu sehingga 23 Mac, menurut laporan itu.

Check Also

24 Doktor Maut Akibat Covid 19 di Indonesia

24 Doktor Maut Akibat Covid 19 di Indonesia

24 Doktor Maut Akibat Covid 19 di Indonesia. Satu berita yang benar-benar meruntun jiwa kita. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.