Home » BERITA » Premis Jualan Makanan Beroperasi Hingga Tengah Malam

Premis Jualan Makanan Beroperasi Hingga Tengah Malam

Premis Jualan Makanan Beroperasi Hingga Tengah Malam di Perlis. Perlis membenarkan premis menjual makanan beroperasi hingga jam 12 tengah malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bermula hari ini.

Premis Jualan Makanan Beroperasi Hingga Tengah Malam
Premis Jualan Makanan Beroperasi Hingga Tengah Malam

Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dalam satu kenyataan, hari ini, berkata kebenaran itu diberi kepada semua jenis premis perniagaan makanan berlesen dengan waktu mula beroperasi ialah jam 7 pagi.

“Jenis premis diberikan kebenaran itu ialah restoran, medan selera, gerai makanan dan penjaja terdiri daripada pemegang lesen kereta sorong, meja jualan serta penjaja bergerak.

“Ini juga termasuk kebenaran untuk pelanggan menjamu selera di kedai makan, membungkus makanan dan menggunakan khidmat pandu lalu di restoran segera yang khusus menyediakan perkhidmatan berkenaan,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, meskipun kelonggaran berkenaan diberikan, semua pihak terbabit perlu kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Perintah ini berkuat kuasa sepanjang tempoh pelaksanaan PKPB sehingga ada ketetapan baharu dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Perlis ialah antara negeri direkodkan berada dalam Zon Hijau, setakat semalam, susulan tiada kes aktif dicatatkan sejak dua minggu lalu. -BH-

photo : BIG TREE Western Court

Check Also

Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP RM10000

Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP RM10000

Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP RM10,000. Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.