Home » BERITA » Program Subsidi Petrol Ditangguh Sementara

Program Subsidi Petrol Ditangguh Sementara

Program Subsidi Petrol Ditangguh Sementara. Program Subsidi Petrol (PSP) yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini akan ditangguh buat sementara sehingga pengumuman berkenaannya dibuat nanti.

Program Subsidi Petrol Ditangguh Sementara

Kabinet memutuskan supaya pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) tidak diteruskan sehingga ditentukan kelak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan yang dibuat pada 18 Disember lalu itu bagi memberi ruang penerangan dan penjelasan kepada rakyat.

“Sesi penerangan dan penjelasan diteruskan dengan tujuan memberi kefahaman dan mempersiapkan rakyat menerima pelaksanaan program PSP ini.

“Ia termasuk memberi ruang untuk proses pendaftaran penerima daripada kelompok M40 yang akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan,” kata beliau dalam kenyataan pada Isnin.

Jelas kenyataan itu lagi, sementara menunggu pengesahan pelaksanaan PSP diumumkan, rakyat akan terus menikmati harga petrol berdasarkan sistem sedia ada. – Awani –

Check Also

Papagomo Diserang Di Airport KK

Papagomo Diserang Di Airport KK

Papagomo Diserang Di Airport KK. Exco Pemuda UMNO Muhammad Azri Wan Deris membuat laporan polis …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.