Home » Uncategorized » Projek Rumah Selangorku Yang Kedua Bakal Bina 1,800 Unit Rumah

Projek Rumah Selangorku Yang Kedua Bakal Bina 1,800 Unit Rumah

Projek Rumah Selangorku Yang Kedua Bakal Bina 1,800 Unit Rumah 

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah menerima taklimat oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) tentang perkembangan terkini pembangunan perumahan rumah mampu milik di Selangor serta pelan tindakan untuk tempoh 2014-2025.

Seperti sedia maklum, Fasa 1 projek rumah mampu milik Selangorku di Sungai Sering di Hulu Klang  yang melibatkan 2, 496 unit telah pun dimulakan dan berjalan lancar.

Untuk projek yang seterusnya, LPHS akan memulakan rangka kerja pembinaan 1,800 unit rumah mampu milik  di Shah Alam yang melibatkan kawasan Seksyen U1 Glenmarie dan Seksyen 35 yang melibatkan tanah seluas 24.7ekar.

Mengikut perancangan, pembinaan rumah-rumah mampu milik ini akan siap pada 2018 dan boleh dijual di antara RM200,000 hingga RM250,000.

LPHS juga telah memberi taklimat bahawa setakat Julai 2014,  sebanyak 1,682 unit rumah mampu milik telah dibina berdasarkan Polisi Rumah Selangorku.  Keseluruhannya MMKN telah meluluskan 10,650 unit rumah mampu milik.

LPHS telah menjalankan pemantauan setiap 6 bulan bagi memastikan pemaju membina rumah-rumah mampu milik terlebih dahulu atau beiringan dengan rumah harga bebas.

Sekiranya  pemaju gagal, PBT yang terlibat boleh mengeluarkan ‘arahan henti kerja’ untuk menangguhkan keseluruhan pembinan projek mereka.

Ini adalah menunjukkan komitmen Kerajaan Selangor bagi memastikan rumah mampu milik memenuhi keperluan rakyat berpendapatan rendah dan sederhan sekali gus menggalakkan  pemilikan rumah.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

27 OGOS 2014

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.