Home » Uncategorized » Promosi Diskaun 50% Tambang MAS

Promosi Diskaun 50% Tambang MAS

 

Promosi Diskaun 50% Tambang MAS

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines (MAS) menawarkan Promosi Diskaun 50% Tambang MAS ke destinasi popular melalui promosi Pameran Pelancongan Malaysia Airlines 2014.

Promosi berkenaan yang bermula 15 Mei hingga 24 Mei menawarkan tambang murah kepada pelanggan di Malaysia sehingga akhir tahun ini.

Naib Presiden Kanan Serantau Malaysia, Datuk Muzammil Mohamad berkata, rakyat Malaysia perlu mengambil kesempatan daripada promosi ini dan menempah tiket penerbangan mereka.

“Tempoh penerbangan berlanjutan sehingga akhir tahun, oleh itu ia adalah peluang besar untuk merancang percutian pada hujung tahun,” katanya.

Menurutnya, antara destinasi popular ialah London sehingga menyebabkan jualan tiket menjadi sangat menggalakkan dan Promosi Diskaun 50% Tambang MAS adalah jalan terbaik untuk penumpang.

“Orang ramai kini boleh terbang ke London daripada hanya RM2,699 pergi dan balik serta Frankfurt daripada RM2,799 pergi balik, manakala destinasi di selatan daripada RM1,999 ke Sydney pergi balik dan daripada RM1,099 ke Perth pergi dan balik,” katanya.

Destinasi lain seperti Chennai, Delhi atau Kochi masing-masing daripada RM1,099, RM1,399 dan RM799, untuk tiket kelas ekonomi pergi dan balik.

Sementara itu, tiket pergi dan balik kelas bisnes ke destinasi Eropah daripada RM11,999, RM6,249 ke Sydney dan RM3,099 ke Chennai.

Antara destinasi lain yang ditawarkan diskaun ialah Dubai, Hong Kong, Taipei, Osaka, Darwin, serta Krabi.

Promosi itu boleh ditempah melalui laman sesawang syarikat penerbangan nasional itu di www.malaysiaairlines.com, pusat panggilan 24 jam 1 300 88 3000, pejabat jualan tiket dan semua agen pelancongan yang mengambil bahagian di Malaysia untuk dapatkan Promosi Diskaun 50% Tambang MAS ini.

Awani

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

One comment

  1. Tak ke nanti bertambah parah kedudukan kewangan MAS?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.