Home » HIBURAN » PU Abu Dan Ain Afni Masih Suami Isteri Yang Sah

PU Abu Dan Ain Afni Masih Suami Isteri Yang Sah

PU Abu Dan Ain Afni Masih Suami Isteri Yang Sah. Mahkamah Rendah Syariah hari ini memutuskan bahawa lafaz cerai yang dibuat melalui aplikasi WhatsApp oleh PU Abu sebagai tidak sah.

PU Abu Dan Ain Afni Masih Suami Isteri Yang Sah
PU Abu Dan Ain Afni Masih Suami Isteri Yang Sah

Selain itu, mahkamah turut memutuskan bahawa mereka masih kekal sebagai suami isteri yang sah.

Hakim Syarie Mohd. Nurulazhar Mohd. Tohar memberitahu, lafaz cerai itu adalah secara bertulis dan merupakan kinayah serta perlu bersumpah.

PU Abu atau nama sebenarnya, Mohammad Abu Sufyan Mohd. Mokhtar Rozaidi, 25, memakai baju kemeja berjalur lengan pendek, berseluar hitam dan berkopiah tanpa diwakili peguam itu melafazkan sumpah tersebut sambil didengari Ain ‘Afini yang berada di sebelahnya.

“Abu Sufyan, sebagai suami perlu jaga isteri dan jaga anak dalam kandungan.

“Orang mengandung ini lain perasaan mereka dan jangan lepas tangan,” jelas Mohd. Nurulazhar.

Mahkamah turut memerintahkan pasangan tersebut mendaftar lafaz rujuk cerai mereka pada 23 Februari lalu selepas mendapati lafaz rujuk itu sah.

Pada prosiding tersebut, Ain ‘Afini sebagai plaintif dan tidak diwakili peguam memberitahu, mereka telah bercerai pada 28 Januari tahun ini dengan kebenaran mahkamah dengan talak 1 selepas mendirikan rumahtangga pada 31 Ogos tahun lalu.

Mereka kemudiannya telah melafaz rujuk dengan niat dan melafazkan berbaik semula pada pukul 11 pagi di rumah PU Abu di Selayang Baru pada 23 Februari lalu.

Bagaimanapun, PU Abu didapati menghantar lafaz cerai menerusi aplikasi WhatsApp pukul 11.44 pagi pada 13 Mac lalu selepas seminggu meninggalkan Ain ‘Afini.

PU Abu sebagai defendan mengesahkan kiriman pesanan itu namun menjelaskan tidak berniat untuk menceraikan Ain ‘Afini selain tidak melafazkan cerai secara lisan.

“Saya masih sayangkan isteri dan ingin hidup bersamanya. Saya juga bertanggungjawab ke atas anak yang dikandungnya

“Mengakui kesilapan meninggalkan isteri atas sebab tertentu yang tidak boleh dihuraikan. Saya juga memohon maaf kepada ibu bapa mertua,” katanya.

Terdahulu, sebelum prosiding bermula PU Abu memohon mahkamah supaya tidak membenarkan pihak media dan orang awam yang berada di galeri tersebut mendengar perbicaraan kes mereka atas isu sensitif dan mengaibkan.

“Saya tidak mahu ada gelombang kedua viral berhubung kes rumah tangga (kami) yang sebelum ini memberikan kesan terhadap kami berdua,” katanya.

Permohonan itu ditolak Mohd. Nurulazhar atas alasan tidak relevan. – MHE TV

Check Also

Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2019

Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2019

Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2019. Maharaja Lawak Mega atau singkatannya MLM kembali lagi untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.