Home » BERITA » Punca Budak 12 Tahun Merogol Anak Asuhan

Punca Budak 12 Tahun Merogol Anak Asuhan

Punca Budak 12 Tahun Merogol Anak Asuhan. Seorang budak lelaki berusia 12 tahun ditahan polis, malam tadi, selepas dipercayai merogol kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dijaga oleh ibunya di rumah mereka di Batu Gajah.

Punca Budak 12 Tahun Merogol Anak Asuhan
Punca Budak 12 Tahun Merogol Anak Asuhan

Suspek yang juga murid tahun enam dipercayai sudah melakukan perbuatan jijik itu terhadap mangsa sebanyak tiga kali sejak awal Ramadan lalu.

Difahamkan, ibu suspek berusia 42 tahun tidak bekerja dan hanya mengambil upah mengasuh lapan kanak-kanak berusia antara dua hingga 11 tahun dari 6.30 pagi hingga 9 malam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa yang berusia empat tahun sudah dihantar ke rumah ibu suspek sejak Oktober 2017 sehingga kini.

Katanya, kejadian itu terbongkar Khamis lalu selepas mangsa mengadu sakit pada bahagian kemaluannya.

“Ibu mangsa kemudiannya bertanya kepada mangsa,… mangsa hanya memberitahu ‘sakit ibu’ dan tidak dapat menceritakan bagaimana suspek menyentuh kemaluannya.

“Kejadian dipercayai berlaku sebanyak tiga kali iaitu pertama pada awal Ramadan (tarikh sebenar tidak pasti), kali kedua pada 31 Mei dan ketiga pada 17 Jun lalu,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Ahmad Adnan berkata, pemeriksaan perubatan sudah dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh dan mendapati terdapat kesan koyakan pada pelbagai posisi hingga menyebabkan selaput dara mangsa pecah.

“Terdapat kesan kemerahan pada bahagian ‘introitus’ dan kawasan dubur mangsa.

“Kesan itu tidak dapat dipastikan kesan lama atau baru kerana kejadian sudah tiga kali berlaku,” katanya.

Menurut Ahmad Adnan, siasatan mendapati punca suspek melakukan perbuatan itu disebabkan terangsang melihat video di dalam telefon bimbit.

Katanya, suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Jumaat dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -Metro Online-

Check Also

Gangguan Bekalan Air 23 hingga 26 Julai di Selangor

Gangguan Bekalan Air 23 hingga 26 Julai di Selangor

Gangguan Bekalan Air 23 hingga 26 Julai di Selangor. Beberapa kawasan di daerah Petaling, Klang/Shah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.